Tuesday, June 29, 2010

Demam bola.

Aku tidak suka menonton bola sepak di TV.

Sangat tidak suka.

Malam tadi, TV didepan, adik menonton bola sepak sorang-sorang. TV di dalam, Abah pun tengok bola. Sorang-sorang. Apalah salahnya kalau abah dengan adik tengok TV sama-sama?
Maka aku bolehla tengok So You Think You Can Dance tu kan. Bolehlah tengok seluar Philip terkoyak...Aish...Tak ke terlepas dek kerana bola.

Ada setengah bulan lagi sebelum berakhir Piala Dunia. Selama itu juga la, aku merana. Aish...

Wednesday, June 9, 2010

Minda terbuka

Balik dari BTN. Letih. Tapi best. Tapi yang paling penting, minda rasa terbuka sikit la.
Aku melihat banyak perkara dari pandangan dan aspek berbeza. Kenegaraan. Politik. Aku tidak rigid lagi. Cuba untuk lebih terbuka.

Kau pernah pergi BTN? Kalau belum, sila-silakanlah....
Seronok.
Betul.
Aku tidak tipu.

oh-oh...entry ni tarikhnya 20 JUNE...bukan 9 June ya....

Tuesday, June 8, 2010

JELES

Saperti Cik Juo. Aku juga jeles. Dan jeles ini, memang jeles buta.

Cemburu kawan-kawan yang tengah coti-coti Malaysia sekarang. Aku seperti sedia maklum, tidak bercuti. Sebaliknya kena berkursus pula. Nasib baiklah kursusnya di Langkawi saja. Bolehla nak berkursus sambil memadu asmara. Ewah.... (Berangan ja lebey)

Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti, selamat bercuti. Selamat balik kampung. Selamat menghadiri kenduri. Hope you guys will have great times with your loved ones... And especially for BIEB dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya:

SELAMAT MENDUDUKI PTK.


***Aku terlambat sikit dari Bieb, but now, i'm having Bieber Fever....Chumel sangat budak itu kan, walaupun rambutnya macam helmet...***

Monday, June 7, 2010

Hari-hari bahagia

Tajuk entry macam ala-ala nak cerita pasal kahwin lagi kan? Tetapi tidak. Tidak sama sekali. Tak mau dah cerita pasal KAHWIN. Fed-up.

Hari-hari bahagia aku ialah ketika hari cuti. Hujung minggu. Tanpa gangguan. Aku akan mengadap TV dari tengahari (ini kerana hari aku hanya akan bermula selepas jam 11 pagi) sehinggalah ke malam. Semua aktiviti dirumah seperti makan, tolong mama potong sayur, lipat kain, baca buku, dan makan akan dijalankan dihadapan TV (makan sebut dua kali. Apa maknanya ya?)

Sabtu lalu, aku menonton cerita tamil, dari pagi sampai petang. Aku suka cerita tamil. Kalau kau belum pernah tonton cerita tamil, pada aku, kau rugi. Filem tamil dan filem hindi sangat berbeza...Kalau kebanyakan filem hindi berlandaskan hiburan semata-mata, filem tamil tidak.

Filem tamil yang paling aku suka. Tajuknya Pokkisham. Aku mula-mula tengok cerita ini di saluran Thangathirai, Astro. Lepas daripada tu, terus jatuh cinta. dah lebih 3 kali aku tonton. Heronya tak hensem. Tak seperti hero filem hindi yang sekarang ini wajah-wajah mereka dah banyak yang bercampur amerika. Tapi ceritanya sangat menyayat hati. Kisah cinta (semestinya) yang tidak kesampaian sehingga ke akhir hayat. Bagaimana orang zaman dulu bercinta, menunggu surat saban minggu. Panggilan telefon pun hanya boleh dibuat jika kecemasan. Sekarang ini, telefon ada depan mata, tapi nak angkat telefon untuk tanya khabar pun, jauh sekali. Aish...

Walaupun jauh, cinta itu kukuh. Cuma tak mendapat restu keluarga si gadis.

Aku sebenarnya berangan, teringin cinta begitu...Aish...

Tuesday, June 1, 2010

Gemuk

Kau sihat?
Aku tidak. Mata aku rasa panas. Kepala aku berdenyut-denyut. Hidung dah berair. Telinga rasa bengang aja. Tak boleh jadi ni. Makin lama dibiar. Makin menjadi.

Ke klinik la jawabnya.

Sedang aku menunggu giliran di klinik dengan gembira, akak yang duduk sambil meriba anak di sebelahku asyik ingin berbual.

Aku faham perasaannya. Bukan dia yang sakit. Anaknya. Jadi dia mempunyai tenaga yang tinggi serta berada dalam keadaan kebosanan yang amat sangat. Aku menjawab setiap pertanyaannya dengan ringkas. Takut dilabel sombong. Tetapi tidak juga mahu meneruskan perbualan. Aku cuba mematikan setiap pertanyaannya dan tidak mengajukan soalan balas (aku sakit OK! Tak ada mood nak bercakap).
Terasa ingin menukar tempat, takut dia terasa hati pula. Kemuncaknya akak itu mengajukan satu pertanyaan yang hampir-hampir membuatkan aku menangis berguling-berguling sambil menghentak kepala ke lantai klinik.

Akak yang sangat bertenaga itu dengan selambanya berkata:

"Dah berapa bulan dah?"

Aku terkedu. Tak terjawab soalan akak itu.
Nasib baiklah pada masa yang sama, nama anaknya dipanggil. Soalannya terbiar tidak berjawab.

Nasib baik lah aku ini penyabar, cantik dan baik hati orangnya. Aku diam tak berkata apa. Jika tidak....Aish...Tak tahulah apa nasib akak itu dan anaknya....

Akak,...
Aku gemuk kak...Aku tidak mengandung....Aish....