Tuesday, October 18, 2011

Lakiku...

Kalau kau terjumpa kawan-kawan, bila nak kenalkan laki, mesti sebut "ini Hubby/Husband I," or "ini suami akak", or "ini la cik abang I" (orang dah boleh paham, kalau sebut 'cik abang' maknanya bukan merujuk kepada abang yang kandung, tetapi suami.)

Aku pulak, bila terserempak kawan-kawan, aku lebih selesa kenalkan - "Ini laki aku"... Macam tak sesuai ja kan? Macam kasar sangat. Bila dia terjumpa kawan-kawan dia pulak, dia introduce "Ini orang rumah/pompuan aku". Macam kampung sangat gitu kami berdua ni.

Ada sesetengah wanita tak suka bila laki/suami dia introduce dirinya kepada orang lain sebagai "Perempuan saya" - Kebanyakan wanita prefer di introduce sebagai "isteri" instead of "perempuan".
Aku pulak. Aku tak kisah. Dah aku pun refer dia sebagai "laki" instead of "suami", aku terima sahajalah dia nak introduce aku macam mana pun.

Wednesday, October 5, 2011

Graduation

At last...setelah setahun menunggu...


with anny (yang still dalam pantang, muka pucat lesi ja)


With mama, abah and cik nini.
(Kena session petang, suma orang muka letih.)
TQ Mak and Abah sebab sudi merai walaupun tengah tak sihat.


With Mr Hubby
(Kesian dia. First time pakai baju batik...Hensem gak aih...Hua Hua Hua)

Segala penat lelah, akhirnya tercapai juga.
Agak-agak lepas ni nak sambung PhD pulak tak..? Ka nak buat projek baby banyak-banyak...?Hehe..

Monday, September 19, 2011

Time flies so fast...dah 22 minggu dah perut ni. Tetapi disebabkan badan yang memang montel sejak azali ini, tak nampak apa-apa perubahan la. Nampak gemuk ja. Tak nampak pregnant.

Perubahan paling ketara sekarang ni, jadi semakin pemalas. Malas nak buat segala benda. Malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, malas nak basuh kain, malas masak. Hatta nak tengok TV pun jadi malas.

Mak marah-marah. Katanya "kalau asyik ada perangai malas macam ni, nanti anak jadi pemalas. Nanti susah bersalin." Alahai... Masalah ni..Lagi 4 bulan ja lagi. Takhutla pulak bila pikir pasal nak beranak. Dengan perangai yang makin tak larat dan pemalas ni, makin-makin susahla gamaknya nanti nak beranak.

Pastu, dengan perangai yang over-sensitip ni...Mak ai...dugaan sungguhla. Benda-benda kecik waima laki terlupa nak picit kaki pun boleh membawa kepada berjujuran air mata ni. Masalah-masalah. Kesian laki ku itu. Pas ni, kena mintak ampun, cium kaki la gamaknya. Dok menyusah dia selalu sangat. Aish...

Thursday, June 16, 2011

kesian abah

Abah rindu cucu-cucu nya. Aku tau.
2 minggu budak-budak tu ada di rumah. Hampir setiap hari abah bawak nini jalan-jalan. Tengok pokok keringlah. Tengok orang salahlah. Tengok pokok padilah. Macam-macam.

Bila budak-budak dah balik, Abah jadi sunyi. Kesian Abah. Tak apalah, nanti kakcik produce baby banyak-banyak...Abah bolehla bawak depa pula jalan-jalan...

Tuesday, May 24, 2011

Joining a club

Aku dah boleh masuk club dah...Baru 5 minggu...Club apa? Bukan club dangdut, bukan kelab memancing, bukan juga club menggubah bunga...
Ha... Dah satu club dengan Bieb...Tak lambat seclub pula dengan ucu, cik juo, anis, mekna...

Rasa macam cepat betul...Alhamdulillah...Rezeki...Doa2 kan lah ya..semoga segalanya berjalan lancar...

Tuesday, April 12, 2011

new life

Maka bermulalah hidup baru berjauhan.
Banyak tak best dari best rupanya. Sebelum kawen itu hari, bukan main lagi, besar punya cakap. Tak pe, jauh-jauh, cepat rindu. kurang gaduh. Betul.
Bukan tak betul. Betul belake.

Sekarang. Aku yang berlagak sebelum ni. Mencair. Tak tahan beb. RINDU....


Sehari, lebih 5 kali menelefon. Ni dah lebih dari masa bercinta. Mak pun dah tak boleh kata apa-apa. Senyum aja. Dalam hati dia, ntah-ntah dia meluat. Uhuk....

Kalau perasaan ni macam ni aja setiap hari, jawabnya, hari khamis petang, jangan cari aku dirumah. Cari aku di jeti Kuala Kedah. Wajib. Ahak...

Wednesday, April 6, 2011

dah seminggu kawen...

Hari ni baru teringat nak letak picture



doakan kami...