Monday, September 19, 2011

Time flies so fast...dah 22 minggu dah perut ni. Tetapi disebabkan badan yang memang montel sejak azali ini, tak nampak apa-apa perubahan la. Nampak gemuk ja. Tak nampak pregnant.

Perubahan paling ketara sekarang ni, jadi semakin pemalas. Malas nak buat segala benda. Malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, malas nak basuh kain, malas masak. Hatta nak tengok TV pun jadi malas.

Mak marah-marah. Katanya "kalau asyik ada perangai malas macam ni, nanti anak jadi pemalas. Nanti susah bersalin." Alahai... Masalah ni..Lagi 4 bulan ja lagi. Takhutla pulak bila pikir pasal nak beranak. Dengan perangai yang makin tak larat dan pemalas ni, makin-makin susahla gamaknya nanti nak beranak.

Pastu, dengan perangai yang over-sensitip ni...Mak ai...dugaan sungguhla. Benda-benda kecik waima laki terlupa nak picit kaki pun boleh membawa kepada berjujuran air mata ni. Masalah-masalah. Kesian laki ku itu. Pas ni, kena mintak ampun, cium kaki la gamaknya. Dok menyusah dia selalu sangat. Aish...

3 comments:

bibopp said...

hihihi.dh 5 bulan yea.bieb dulu pun malas tahap tikus.masuk 6 bulan dh start rajin, masak, kemas etc.tggu je la.hormonal changes.tp kena rajin bergerak jgk so dat senang bersalin, org ckpla.keep updating k!

budakbarublaja said...

ina baby new year...me n papa baby end of the year...

Maslina Suaid said...

bieb
bergerak pun malas ni. kalau boleh nak orang buatkan semua benda.

juo
syoknya...pakat-pakat beranak. anny dah dapat baby boy. darwish zulkarnain.