Monday, January 17, 2011

Masak memasak

Mak kata, salah satu ilmu yang perlu ada sebelum kawin ni, ilmu masak memasak. Ilmu jaga perut laki. Supaya laki senang hati. Supaya dia merasa air tangan bini.

Dek kerana tuntutan menjaga perut laki itu, maka aku ditugaskan Mak untuk menjadi tukang masak dirumah. Praktis. Untuk makan malam saja. Siang aku kerja. Letih beb. Baru kini aku tahu penat rupanya nak pikir menu nak masak apa. Betambah penat bila orang-orang dirumah tu, dah biasa makan best-best (Mak masak memang best).
Aku? Aku masak tak best. Selalunya akan jadi terover pedas. Kesian Mak terbatuk-batuk. Abah bedal ja...Adik pulak kali mengampu. Benda tak sedap pun boleh jadi sedap.

Sekarang ni macam-macam resepi dah dicuba dah. Yang bestnya, Mak bukan setakat turun ilmu culinary ja tau, ada doa-doa lagi. Nak menyejuk hati laki. Chewah...Kawan-kawan yang rasa-rasa terer masak tu, ada resepi hebat-hebat ala-ala Nigella Lawson tu, peturun la sama kat cheq ni...Kot-kotla boleh dicuba nanti.

Monday, January 3, 2011

tinggal lama

Ya Allah..lamanya tak melapor diri kat sini. Banyak sangat kerja yang memerlukan perhatian. Banyak sangat perkara yang berlaku. Kereta masih kat bengkel. Entah bila nak siap. Nasib la Pakcik yang eksiden bersama tu makin ok. Alhamdulillah...

Kain untuk akad nikah belum beli lagi. Color pun tak tentu lagi. Aish... Pening-pening. Lagi bertambah pening bila Encik Tunang itu cuma bagi tau color yang dia tak suka. Bukannya color yang dia suka. Aish... Yang menambah peningnya, bila aku masuk ja kedai tu, semua color aku rasa cantik. Semua color aku suka. Tak ka tamak haloba namanya tu? Nasib la budget nya terhad, kalau duit melambak, sekali dengan benggali kain tu aku borong.

Mak dah kelam kabut, aku ni, cuti pun tak tahu kepala ekor lagi. Cabaran betulla kerja kahwin ni sebenarnya. Baru pertama kali nak kahwin pun dah tak lena malam, macam mana la agaknya orang yang nak kahwin kali ke- 2, 3, 4 kan? kan?