Monday, January 17, 2011

Masak memasak

Mak kata, salah satu ilmu yang perlu ada sebelum kawin ni, ilmu masak memasak. Ilmu jaga perut laki. Supaya laki senang hati. Supaya dia merasa air tangan bini.

Dek kerana tuntutan menjaga perut laki itu, maka aku ditugaskan Mak untuk menjadi tukang masak dirumah. Praktis. Untuk makan malam saja. Siang aku kerja. Letih beb. Baru kini aku tahu penat rupanya nak pikir menu nak masak apa. Betambah penat bila orang-orang dirumah tu, dah biasa makan best-best (Mak masak memang best).
Aku? Aku masak tak best. Selalunya akan jadi terover pedas. Kesian Mak terbatuk-batuk. Abah bedal ja...Adik pulak kali mengampu. Benda tak sedap pun boleh jadi sedap.

Sekarang ni macam-macam resepi dah dicuba dah. Yang bestnya, Mak bukan setakat turun ilmu culinary ja tau, ada doa-doa lagi. Nak menyejuk hati laki. Chewah...Kawan-kawan yang rasa-rasa terer masak tu, ada resepi hebat-hebat ala-ala Nigella Lawson tu, peturun la sama kat cheq ni...Kot-kotla boleh dicuba nanti.

2 comments:

budakbarublaja said...

sila belajar rajin2 ye...ikut ajaran mama tu...nnt aku mai sana aku nak rasa hang masak

Unknown said...

papee pun nak join juo,,mari kita serang umah ina nt..

ina,,all the best..sila download resipi n masak..jgn jadi mcm papee,,suami komen menu sama je hari2..huhu