Monday, February 7, 2011

masih mudakah?

Minggu lepas aku selesaikan HIV test. Sat sangat prosesnya. Tak sampai 10 minit dah siap semua. Mak pun senang hati. Mak ingat HIV test tu, resultnya makan masa berbulan. Mak marah-marah. Mak kata aku ralit (leka). Mak kata aku saja menangguh-menangguh. Mak kata aku macam tak mau kawin. Sapala yang tak mau kawin Mak oi...Mau aih...Chek ni dah makan umoq dah ni...

Mak lupa, anak mak ni dah tua. Aku pun baru tersedar. Kalau tak dek kerana mengisi borang HIV itu. Tak hengen aku mengira umur sendiri.
Aku ingatkan aku masih 26 tahun. Sesiapa juga yang bertanya, aku katakan, aku 26. Tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda. Strategi aku memakan diri. Aku percaya dan yakin aku masih 26 tahun, sehinggalah aku mengira semula umur untuk mengisi borang HIV. Celaka...Rupanya umur aku sudah bertambah lagi 2 tahun. Aish...

Bila aku berkongsi kesedihan dengan cek abang itu, dia cuba memujuk. Katanya: " Eh. Ye ke? Tak kot...Abang nampak Yang macam tak lebih 25 tahun." ditambah pulak lagi "for me, u always young." Chewah... Belum kawin lagi, bodekla abang oi, dah kawin sok, tahulah langit tu tinggi ke rendah.

Usai dia mengisi borang, aku menjengok, cuba membandingkan segala yang telah diisi. pada ruangan umur, aku lihat, 29 tahun. Ewah...Bila pulak bertukar menjadi muda ni? Aku ingatkan aku seorang saja yang perasan muda. Rupa-rupanya dia lagi teruk. Hahaha...Bila aku tegur, dia termalu sendiri. Kesian dia. Aku pujuk dengan ayat sama:
"Don't worry Yang, for me, u r young at heart, and you always look 29." Chewah...

No comments: