Wednesday, November 24, 2010

mimpi

Semalam aku tidur rumah along. Konon-kononnya teman kak long. Last-last, kak long yang teman aku sebab awal-awal lagi aku dah pengsan dek kerana menelan ubat selsema. Yang nak dicerita ni hal mimpi semalam. Pelik sungguh. Mimpi naik kapal layar yang sangat besar. Ada makna kah?
Siap dipukul gelombang kuat lagi tu. Yang lagi amazing, kapal laut itu tiba-tiba bertukau menjadi kapal terbang. Terbang la pulak aku, Mak dan Abah di awan biru. Ahak... Kalau bab mimpi ni, lubang cacing pun boleh diteroka. Betul tak?

Thursday, November 18, 2010

Raya

Raya paling tak best? Betoi ka? Aku ada dengar orang cakap macam tu. Mungkin juga. Sebab baru sudah banjir. Bekas air banjir masih melekat kat dinding rumah, perabot pun tak berganti lagi. Kabinet TV macam dah senget menunggu reban. Nantila kau, aku ganti dengan stainless steel.

Mak pun tadak mood nak beraya. Katanyalah...
TAPI, pagi-pagi lagi atas meja dah penuh dengan gulai daging, lontong, ketupat pulut, gulai ayam, dan serba mak neka makanan lagi. Thank you Mak. Kalau Mak pi beraya tang lain, kami ni pakat-pakat kunci rumah, pi merempat tang lain la jawabnya raya-raya ni. Tak pasai-pasai ja boleh join mat-mat bangla dengan indon, dok kat tangga City Plaza di pagi raya, tunggu supermarket bukak.

Selesai aktiviti makan-makan di pagi hari, semua orang bawak diri masing-masing. Along balik beraya rumah mertua, Angah dan Abgngah boleh pulak ke Padang Besar (manala ada orang meniaga hari-hari raya ni)...Aku tidak. Aku dok dirumah dengan Mak. Tengahari hujan lebat, kami tidur sampai petang. Adik bangun jam 12, jam 1 dia dah start enjin kereta, jam 1.15 dia dah lesap. Aku hanya nampak muka dia balik jam 2 pagi. 12 jam dia kat luar, 12 jam dia kat rumah, tidur. Sekarang ni pun dok melengkar lagi, apa nak jadi tah adik aku yang sorang tu.

Family kami kecil, raya kami simple. Tak ada beraya rumah saudara mara. Hanya kami sahaja. Sunyi. Simple. Tapi aku suka.

Wednesday, November 10, 2010

Post-banjir

Minggu sudah, di rumah banjir. Sudah surut. Masa banjir, aku di Langkawi. Kasihan Mak. Kasihan Abah. Kasihan Adik.

Masa banjir, aku di Langkawi. Abah tak bagi balik. Tak ada orang nak ambil aku di jeti. Kereta tersangkut depan rumah Tok. Tak boleh bergerak. Semua orang 'tow' kereta ke tempat lain. aku tak. Agaknya Abah fikir kereta itu boleh bertukar menjadi katak. Telahan Abah benar. Air naik, tenggelam tayar kereta, 2 inci sahaja. Nasib baik.

Lepas air sudah surut, aku pulang. Mak dah dalam proses mencuci rumah. Penat. Hampir 5 hari mencuci rumah dan kedai. Tak habis-habis. Nasib baik ada Adik, kawan-kawan adik, Kak Long, adik-adik Kak Long, anak-anak saudara, dan tidak ketinggalan Tunangku datang menolong. Itu pun, masih banyak yang berbaki. Rumah di paluti lumpur. Perabot rosak. Ikan-ikan di dalam kolam, mati. Ikan keli 3 ekor dalam akuarium, hidup, sihat walafiat. Akuariumnya saja yang pecah.

Aku tidak sempat mengambil gambar, letih. Dari pagi sampai ke malam mencuci. Tangan dah mengelupas dek kerana sabun basuh. Harap-harapnya tiadalah lagi gelombang kedua.

Buat rakan-rakan yang menelefon, bertanya khabar. Terima kasih. Yang menghantar sms (cik juo), maapkan den, tak sempat nak balas on the spot. Ketahuilah, rakanmu ini dah hampir kurus dek kerana menyental lantai...Aish...

Monday, November 1, 2010

Hidup

Aku selalu ambil tahu apa yang jadi pada kehidupan orang-orang sekeliling aku. Not to say aku suka busy body. No. Cuma kadangkala jika dengan mengambil tahu, kita dapat berkongsi, meringankan beban fikiran yang ditanggung oleh orang lain, aku sudah cukup gembira.

Hendak bercakap mengenai hidup rumah tangga, aku tidak pandai. Hidup aku pun masih belum tentu, kemana rumah, dimana tangga.
Aku hanya mampu mendengar, melihat, mentafsir segala kronologi kejadian yang berlaku. Dan sebagai wanita, aku sedih. Melihatkan keadaan insan yang sangat disayangi, sangat dikagumi, seseorang yang aku anggap sebagai seorang idola, bagai hilang arah tuju. Aku sedih.

Bagaimana kiranya aku dapat membantu. Meringankan kekusutan itu, wahai kakakku, luahkanlah. Mungkin dengan berbicara, kau dapat merungkai beban didada. Kerna aku tahu, kau sudah tiada air mata.
Mak kata, di Kedah sudah 2 hari hujan tanpa henti. Mungkin juga menangisi nasib anak mu di kota ini. Kerna Kuala Lumpur sudah lagi tidak mencurahkan simpati.

Aku ingin sekali berkata pada kakak,
sedarlah...
Mungkin tiada lagi yang berfaedah di kota ini untukmu. Bawalah anak-anakmu lari sejauh mungkin. Tinggalkan segala kekalutan. Mulakan kehidupan dengan hati yang tenang. Kerna aku tahu, kau lebih mulia dari penghinaan yang kau terima. Kau wanita tabah kakakku. Kau wanita tabah.

Namun, ini hanya angan-anganku. Kata-kataku yang tidak kesampaian. Aku tahu. Hidup kita berbeza. Mana mungkin aku dapat mencorak kehidupanmu wahai kakakku. Segala pengaturan, didalam tanganmu sendiri. Hanya yang mampu aku luahkan, tabahkan hati mu wahai kakak. Berikan penghormatan kepada dirimu sendiri sebagai wanita, isteri dan ibu. Kau telah melalui pelbagai kekusutan. Aku tahu.

Aku berdoa, jalan-jalan depan mu akan dihiasi warna-warna yang ceria. Mengatasi mendung yang ada.

Thursday, October 28, 2010

Lega

Alhamdulillah...

Setelah penat berusaha, setelah puas menangis, setelah segala isi otak (dan juga isi perut) dikeluarkan, akhirnya tadi aku dah hantar project work yang tah apa-apa itu...
Lepas ni, aku boleh qada baca novel, tido awal - bangun lewat, tengok TV puas-puas, main 'tekken' sampai patah jari, dan pi dating tanpa rasa bersalah (ini yang paling best).

Project selepas ini - fokus kerja kahwin..huahuahua... dengki sebenarnya tengok Bieb dah rancang macam-macam, aku dok kelam kabut dengan Master Project. Tak pa Bieb, pas ni, I tiru idea u na...
Idea kerja kahwin dari orang yang lebih berpengalaman contohnya dari mak-mak orang, dan juga bakal nak jadi mak orang yang lain juga sangat-sangat lah dialu-alukan (you guys know who you are)...

Tapi sebelum apa-apa pun, cuti ni, tak payah cari aku dirumah. Aku tak betah di rumah. Aku nak ke LANGKAWI. hehehe...

Monday, October 11, 2010

Beringat

Tolong cakap pun salah. Tak cakap nanti, lagi salah.
Macam mana tu?

Bila aku bagi tau, benda yang benar, kau rasa offensive. Jadi kau bersikap defensive. Sedangkan semuanya untuk kebaikan bersama. Tak mengapalah. Kau memang selalu rasa aku tidak baik. Jadi kau boleh kata apa yang kau suka. Pada sesiapa yang kau suka. Bila-bila masa yang kau suka.

Aku? Aku lebih baik diam. Lebih baik tidak kata apa-apa. Lebih baik aku tutup sebelah mata. Buat-buat buta. Buat-buat tuli. Itu lebih baik. Aish...

Wednesday, October 6, 2010

mulut orang

Mak aku kata: Mulut orang bukan macam mulut tempayan (boleh ditutup).
Mulut orang berenti berbunyi kalau dia kenyang. Kenyang hati. Kenyang nurani. Kenyang perut, suka hati. Kalau orang tengah lapar, semua benda dia akan komplen. Orang yang tak salah pun boleh jadi mangsa fitnah. Kenapa? Sebab dia tengah lapar.

Bila aku fikir-fikir balik. Ada betulnya kata Mak itu. Lapar tak semestinya bermakna hanya perut yang perlu di isi - ada juga yang lapar nafsu, lapar ilmu, jiwa kosong, mulalah berfikir yang bukan-bukan. Orang yang pernah di claim 'ini kawan baik saya' pun boleh di caci dari belakang. Tak tahulah apa maksud, niat, sebab dan musabab yang sebenar.

Bila caci dan umpatan itu dijalankan secara terbuka, dengan ramai telinga yang mendengar, agak-agakla, benda-benda yang diperkatakan itu, akan sampai tak kepad tuan punya badan? Bodohlah kalau kau anggap semua yang berada di meja itu penyokong setia kau. Ya. Aku tidak nafikan, ada yang akan terpengaruh dengan kata-kata kau itu. Tidak mengapa. ALLAH ada. DIA maha mengetahui. DIA ada perancangannya.

Aku anggap ini ujian kesabaran. Kalau kau bahagia apabila dapat menjatuhkan air muka aku dan orang lain. Buatlah. Kalau kau gembira bila dapat meraih sokongan dengan cara yang terhina. Lakukanlah. Aku juga gembira, apabila dapat meilhat kau gembira. Tetapi ingatlah, kata-kata yang bongkak, dan meninggi diri, tidak akan membawa kita kemana-mana. Orang-orang yang boleh berfikir menggunakan akal dan bukan emosi dapat menilai mana yang baik, mana yang tidak.
Aku redha walaupun terasa.

Sunday, October 3, 2010

Tak paham-paham

Aku sebenarnya tak paham, kenapa ada orang tak paham-paham, fesbuk itu umum.
UMUM.

Aku tahu kadangkala ianya dianggap peribadi. Hak masing-masing nak kata apa, nak tulis apa, nak letak gambar apa. Itu milik individu. Tetapi, bila apa yang kau letak, post, dan pelbagai lagi itu menjadi tatapan umum, benda-benda tu semua sudah tidak lagi bersifat peribadi. Semuanya menjadi UMUM. Orang lihat, ada yang akan komen, OK. Tetapi bila kau sendiri komen benda yang kau sendiri post, apakah maknanya itu? Tidak kah ianya kelihatan terlalu cliche? Kau sendiri boleh fikir, aku rasa.

Monday, September 20, 2010

Raya update

Hari ini sudah 11 Syawal. Baru ada ruang nak hapdate.
Raya tahun ni, kelam kabut. Mana nak beraya. Mana nak bermajlis. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Serabut kepala otak mak pun dah hilang. Serabut kepala otak aku pun dah hilang. Sekarang ni, serabut nak berkenduri pula. Alahai...

Macam-macam surprise sepanjang ramadhan dan awal syawal.
Dari hal dunia, sampailah ke hal rumah tangga.

Aku ambil tahu. Sekadar ambil tahu. Mendengar bila orang bercerita. Menjawab bila orang bertanya. Tetapi untuk memberi nasihat. Siapalah aku. Baik aku berdiam dari berkata-kata.
Masalah timbul bila, diam aku disalah ertikan. Diam aku dianggap derhaka. Diam aku dianggap satu pengkhianatan.
Tiada sesiapa yang lebih mengerti pahitnya dikhianati. Selain orang yang pernah dikhianati itu sendiri. Aku berdoa, segalanya berjalan lancar bagi kehidupan berumah tangga orang-orang yang aku kasihi. Semoga segalanya dirahmati Allah hendaknya.

Ramai yang bersedih awal Syawal. Kematian tragis yang menggemparkan negara. Takziah kepada semua yang kehilangan orang-orang tersayang. Kematian mereka membuka mata masyarakat, membuka laluan perjuangan mereka-mereka yang belum terbela. InsyaAllah, yang dilaknati, akan sentiasa dihukum, baik didunia mahupun diakhirat. Sama-samalah kita berdoa keadilan akan tercapai.

Walau ramai yang bersedih, ada juga yang gembira. Tanggal 11/09/2010... Aku akhirnya mengakhiri teka teki dalam keluarga. Dalam masyarakat. Mengikat tali pertunangan dengan si dia. Alhamdulillah. Walaupun baru sangat mengenali hati budi, aku sangat pasti. Doakan kami. InsyaAllah.
16/09/10 - Berita gembira dari Bieb. Akhirnya. Tahniah. U kawin dulu la Bieb, i menyusul kemudian. Tahniah again.
Chinese New Year ini, aku pasti ke Kelantan. Pasti.

Monday, August 23, 2010

Tergantung

Semua perkara dalam kehidupan hari ini, masih lagi tergantung.
Macam blog ni juga.
Aku bukan malas nak menulis. TIDAK.
Aku cuma tidak ada masa. (*damn. alasan.)
Nanti lah.
Bila aku dah senang, lengang.
Aku sambung semula.

Tuesday, July 27, 2010

Abah pulak

Selalu aku cerita pasal Mak. Aku kurang bercerita pasal Abah. Aku tak ada banyak cerita sangat pasal Abah ni sebenarnya. Segala gurau senda aku, selalu dengan Mak. Bukan dengan Abah.

Abah garang. Bekas army. Tak ada borak kosong dengan Abah. Semuanya mesti berisi. Politik. Hal kampung. Hal harga gula. Harga minyak, harga gas memasak. Hal mengundi. Dia tidak begitu patriotik (walaupun bekas army). Ajaran dari army yang kekal: Kemas sepanjang masa (dia tak ada baju tak ada kolar dan sentiasa pakai slack). Garang. Itu saja. Kalau kau pandai borak dengan dia, nanti diceritanya kisah 13 Mei, cerita hal-hal dia semasa army, cerita hal-hal yang dia tidak puas hati, dan pelbagai lagi kisah dan tauladan yang kadangkala aku pun terpikir, bior betul abah aku ni? Tak tahu fakta atau auta.
Tetapi kalau kau bercerita politik dengan dia, kau takkan tahu dia undi parti apa. Semua dia hentam kutuk serupa aja. Ahak...



Sekarang kau dah percaya abah aku garang? Kalau nak bergambar aja mesti nak pegang parang.

Thursday, July 22, 2010

Sunyi

Aku datang awal pagi.
Di parkir, hanya ada 5 buah kereta. Ofisku ini sunyi sepi.

Iyalah...Orang lain semuanya cuti.
Aku? Aku perlu bekerja. Belum sampai masanya untuk aku cuti.

Masuk jam 12, suasana sunyi, tak bertukar sepi, sebaliknya riuh pula dengan kehadiran orang-orang yang sepatutnya cuti, tetapi tetap juga datang ke ofis, berkerja.
Lambakan makanan seperti biasa. Unit Bahasa Inggeris, cuti atau tidak, riuh dengan gelak ketawa.

Ofisku jam 11.32, hanya obor-obor kelihatan di siling...

Monday, July 19, 2010

Mak lagi-lagi


Kalau aku kata Mak aku garang. Itu understatement. Mak aku bukan sekadar garang. Mak aku sangat garang. Tersangat-sangat garang, sehinggakan cucu-cucunya sendiri takut padanya. Tidak berapa mesra dengannya. Cucu-cucunya lebih suka bermanja dengan Abah. Lari bila nampak Mak. Kesian Mak. Cucu-cucu mu itu tidak berapa pandai. Mereka belum tahu betapa beruntungnya mereka jika mereka baik dengan Opah. Mereka tidak tahu Opah mereka kaya. Ahak...

Mak cergas. Cekap memasak. Sedap pula tu. Kuat berleter. Cepat merajuk. Tetapi cepat pula sejuknya. Tetapi sekarang, Mak batuk-batuk. Teruk. Aku risau. Dah berbotol-botol ubat batuk ditelannya. Tetapi masih sama. Aku makin risau.

Mak kata pada aku, 'Chik jangan tinggal Mak.'
Aku tidak tahu bagaimana ingin meyakinkan dia. Aku cuba, sedaya upaya, Insyaallah, aku akan sentiasa dekat dengannya.

Mak masa muda-muda

Friday, July 16, 2010

Weekend?

Aku ni sebenarnya tengah tunggu nak balik rumah...Letihnya kena kerja hari ni. Jumaat sepatutnya aku berada dirumah. Bersenang lenang, bersuka ria dihadapan TV. Makan dan tidur sepanjang hari. Aish....

Hari ini, semua perlu datang kerja. Aku rasa, walaupun semua orang ada rasa tak best sebab kena kerja pada hari cuti, tidak ada yang complaint secara terang-terangan. Ganti cuti sekarang untuk berseronok pada hari depan. Cuti hari raya yang panjang....Alangkah seronoknya....

Thursday, July 15, 2010

Gaduh-gaduh sayang

Di opis ku ini, ada junior, ada seniornya...

Mana-mana tempat pun begitu rasanya. Selalunya di tempat-tempat lain, senior dan junior nya mungkin tidak berapa 'ngam'. Namun tidak disini.
Disini, junior dan senior seiring...cuma kadangkala bila senior-senior bercakap perihal tangga gaji, junior-junior ni (akulah tu) tak berani nak menyampuk. Ya lah, betapa berbezanya 41 dengan 52 tu kan? Tetapi bila melibatkan hal-hal lain yang berkaitan dengan pembahagian kerja, masa mengajar, masa bersembang, semuanya dibahagikan SAMA RATA (betul ke? ahak...)

Aku belum pernah melihat sebarang percakaran antara junior dan senior, tetapi, antara senior dan senior pernah lah beberapa kali. Cuma semalam berlainan sedikit. Kesannya sehingga ke hari ini.

2 senior ini, kawan baik, memang selalu bercakaran, yang seorang itu memang kuat mengusik. Yang seorang lagi sangatlah mudah terasa hatinya. Tetapi cepat juga sejuk. Persamaan mereka, 2-2 suka nak menang, dan 2-2 suka argue. Bila kedua-duanya dah mula meninggi suara. Kami yang junior-junior semua mula terdiam. Tak berani nak menyampuk apa-apa lagi. Perbalahannya sangat mudah, kisah kedekut markah. Aku setuju juga dengan kakak yang kuat mengusik itu, buat apalah kita perlu terlalu kedekut markah dengan pelajar. Just give them what they deserve. Tapi aku tak menyampuk. Sudahnya aku tengok muka kakak ku yang seorang lagi itu, kelat sahaja. Sulking. Entah sampai bila...Aku cuma mampu tunggu dan lihat. Petang nanti sejuk la tu agaknya. Kalau tidak, membawa sampai keminggu depanla jawabnya... Ahak...

Sunday, July 11, 2010

Kesibukan terasa

Ramalanku benar belaka. Terasa sangat sibuk sekarang ini.
Mak pun dah mula bising. Cakap dengan Mak pun macam dah jarang-jarang.
Sampai dirumah saja, aku terus terbongkang, tidur.

Tak sempat nak bermessage pun dengan Encik BF. Orang tu dah mula sulking. Alahai...

Tak mengapa... Cita-cita perlu dikejar. Rezeki perlu dicari. Perlu bersusah-susah dulu, nanti kita bersenang, bersuka-ria kemudian ye...

Wednesday, July 7, 2010

Gila!!!!!

Aku rasa aku dah nak jadi semakin gila.

Sudahlah dengan kerja hakiki mengajar di kolej,
master project yang entah kemana hala tujunya (nak grad ke tak ni agaknya?),
aku dengan berani matinya menambah lagi satu projek; kerja sambilan, mengajar pula.

Mampukah Cik Maslina?

Sudahnya, by the end of this year, aku boleh terbalik, terlentang sebab terlalu banyak yang nak dikejar. Kalau terbalik, terlentang sebab jadi kurus, bagus juga kan...? Ahak...

Bagus juga sebenarnya bila banyak kerja. Kau takkan ada peluang untuk memikirkan hal remeh temeh hati dan perasaan yang memang sampai bila tak ada kesudahan.

Lepas ni aku boleh beli costume, tukar outfit, dari cikgu, jadi wonder woman...Ahak...Seksi abis wa cakap lu...Hehe..
.
*Aku sebenarnya nak letak gambar wonder woman, tapi nampak sangat lucah pula. Kita tengok wonder pet sudahla ya.

Friday, July 2, 2010

Tak paham

Aku sebenarnya ada sikit kurang berkenan dengan sikap manusia yang sentiasa berfikiran negatif ni.Belum pun mencuba sesuatu benda, dah mula complaint, itu tak kenalah, ini tak kenalah... Banyak sangat alasan untuk perkara yang sebenarnya mampu diteroka. dengan berbekal niat dan kehendak yang suci. ewah..apa aku melalut ni.?

Yang sebenarnya aku ni tidak puas hati dengan budak-budak dalam kelas. Disuruh berbahasa Inggeris. Dihentamnya cakap Kelantan. Ingat teacher tak pahamkah bahasa Kelantan? My good friends are from Kelantan. I've been educated with the language/slang for 5 years... I had enough training. I know what you've been saying behind my back....

Bila ditanya kenapa begitu sukar nak berbahasa Inggeris. Jawapan mereka sangatlah shallow dan menyakitkan hati. Antara contoh jawapan yang diberi:

a) Susahlah teacher (11 tahun belajar pun susah lagi? dah malas guna, memangla susah.)
b) Kami bukan orang putih (Orang putih pun dah tahu cakap Melayu dik oi...)
c) Bahasa penjajah tu (Bangsat punya jawapan)
d) Tak pandai English pun kami boleh masuk Uni juga (Lepas tu, kau mati keringla dalam Uni tu, sibuk menghabiskan duit, menyuruh orang translate itu ini - Masa tu, baru kau tahu susahnya)

Kadang-kadang aku fikir, budak-budak ini terlalu cetek pemikirannya. Aku suruh berbahasa Inggeris, bukan bermakna aku suruh kau tukar warna rambut kau jadi 'blonde'. Bukan bermakna aku berkehendakkan kau mengikut budaya mereka. Aku cuma mahu kau gunakan bahasanya. Untuk kesenangan kau juga. Tak paham-paham juga? Aish...

Penatla aku semester ini...

Tuesday, June 29, 2010

Demam bola.

Aku tidak suka menonton bola sepak di TV.

Sangat tidak suka.

Malam tadi, TV didepan, adik menonton bola sepak sorang-sorang. TV di dalam, Abah pun tengok bola. Sorang-sorang. Apalah salahnya kalau abah dengan adik tengok TV sama-sama?
Maka aku bolehla tengok So You Think You Can Dance tu kan. Bolehlah tengok seluar Philip terkoyak...Aish...Tak ke terlepas dek kerana bola.

Ada setengah bulan lagi sebelum berakhir Piala Dunia. Selama itu juga la, aku merana. Aish...

Wednesday, June 9, 2010

Minda terbuka

Balik dari BTN. Letih. Tapi best. Tapi yang paling penting, minda rasa terbuka sikit la.
Aku melihat banyak perkara dari pandangan dan aspek berbeza. Kenegaraan. Politik. Aku tidak rigid lagi. Cuba untuk lebih terbuka.

Kau pernah pergi BTN? Kalau belum, sila-silakanlah....
Seronok.
Betul.
Aku tidak tipu.

oh-oh...entry ni tarikhnya 20 JUNE...bukan 9 June ya....

Tuesday, June 8, 2010

JELES

Saperti Cik Juo. Aku juga jeles. Dan jeles ini, memang jeles buta.

Cemburu kawan-kawan yang tengah coti-coti Malaysia sekarang. Aku seperti sedia maklum, tidak bercuti. Sebaliknya kena berkursus pula. Nasib baiklah kursusnya di Langkawi saja. Bolehla nak berkursus sambil memadu asmara. Ewah.... (Berangan ja lebey)

Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti, selamat bercuti. Selamat balik kampung. Selamat menghadiri kenduri. Hope you guys will have great times with your loved ones... And especially for BIEB dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya:

SELAMAT MENDUDUKI PTK.


***Aku terlambat sikit dari Bieb, but now, i'm having Bieber Fever....Chumel sangat budak itu kan, walaupun rambutnya macam helmet...***

Monday, June 7, 2010

Hari-hari bahagia

Tajuk entry macam ala-ala nak cerita pasal kahwin lagi kan? Tetapi tidak. Tidak sama sekali. Tak mau dah cerita pasal KAHWIN. Fed-up.

Hari-hari bahagia aku ialah ketika hari cuti. Hujung minggu. Tanpa gangguan. Aku akan mengadap TV dari tengahari (ini kerana hari aku hanya akan bermula selepas jam 11 pagi) sehinggalah ke malam. Semua aktiviti dirumah seperti makan, tolong mama potong sayur, lipat kain, baca buku, dan makan akan dijalankan dihadapan TV (makan sebut dua kali. Apa maknanya ya?)

Sabtu lalu, aku menonton cerita tamil, dari pagi sampai petang. Aku suka cerita tamil. Kalau kau belum pernah tonton cerita tamil, pada aku, kau rugi. Filem tamil dan filem hindi sangat berbeza...Kalau kebanyakan filem hindi berlandaskan hiburan semata-mata, filem tamil tidak.

Filem tamil yang paling aku suka. Tajuknya Pokkisham. Aku mula-mula tengok cerita ini di saluran Thangathirai, Astro. Lepas daripada tu, terus jatuh cinta. dah lebih 3 kali aku tonton. Heronya tak hensem. Tak seperti hero filem hindi yang sekarang ini wajah-wajah mereka dah banyak yang bercampur amerika. Tapi ceritanya sangat menyayat hati. Kisah cinta (semestinya) yang tidak kesampaian sehingga ke akhir hayat. Bagaimana orang zaman dulu bercinta, menunggu surat saban minggu. Panggilan telefon pun hanya boleh dibuat jika kecemasan. Sekarang ini, telefon ada depan mata, tapi nak angkat telefon untuk tanya khabar pun, jauh sekali. Aish...

Walaupun jauh, cinta itu kukuh. Cuma tak mendapat restu keluarga si gadis.

Aku sebenarnya berangan, teringin cinta begitu...Aish...

Tuesday, June 1, 2010

Gemuk

Kau sihat?
Aku tidak. Mata aku rasa panas. Kepala aku berdenyut-denyut. Hidung dah berair. Telinga rasa bengang aja. Tak boleh jadi ni. Makin lama dibiar. Makin menjadi.

Ke klinik la jawabnya.

Sedang aku menunggu giliran di klinik dengan gembira, akak yang duduk sambil meriba anak di sebelahku asyik ingin berbual.

Aku faham perasaannya. Bukan dia yang sakit. Anaknya. Jadi dia mempunyai tenaga yang tinggi serta berada dalam keadaan kebosanan yang amat sangat. Aku menjawab setiap pertanyaannya dengan ringkas. Takut dilabel sombong. Tetapi tidak juga mahu meneruskan perbualan. Aku cuba mematikan setiap pertanyaannya dan tidak mengajukan soalan balas (aku sakit OK! Tak ada mood nak bercakap).
Terasa ingin menukar tempat, takut dia terasa hati pula. Kemuncaknya akak itu mengajukan satu pertanyaan yang hampir-hampir membuatkan aku menangis berguling-berguling sambil menghentak kepala ke lantai klinik.

Akak yang sangat bertenaga itu dengan selambanya berkata:

"Dah berapa bulan dah?"

Aku terkedu. Tak terjawab soalan akak itu.
Nasib baiklah pada masa yang sama, nama anaknya dipanggil. Soalannya terbiar tidak berjawab.

Nasib baik lah aku ini penyabar, cantik dan baik hati orangnya. Aku diam tak berkata apa. Jika tidak....Aish...Tak tahulah apa nasib akak itu dan anaknya....

Akak,...
Aku gemuk kak...Aku tidak mengandung....Aish....

Thursday, May 27, 2010

Fesbuk

Kau ada account Facebook? Aku ada.
Walaupun aku ada Facebook. Tak semestinya aku ini jenis yang suka berkawan. Tidak. Aku sangat sombong sebenarnya. Terutamanya di dunia maya.

Mungkin bagi sesetengah orang, dia tidak kisah, dan tak mempunyai sebarang masalah untuk meng'accept' sebarang permintaan menjadi kawan, asalkan networknya berkembang pesat dan bilangan rakannya bertambah.

Aku? Aku tidak begitu...

Aku sebenarnya mempunyai masalah untuk menerima permintaan menjadi rakan dari orang-orang yang aku tidak kenali langsung. Aku akan periksa dulu latar belakangnya...dengan siapa kami berkongsi kawan. Barulah aku approve. Itu pun sekiranya aku berpuas hati.
Jika kau betul ingin menjadi kawan, apalah salahnya jika kau memperkenalkan diri kau dulu. Dimana kita pernah kenal. Ini tidak. Aku pulak nak kena bertanya di mana aku pernah kenal kau. Nak mencari connectionnya. Bila sudah ditanya, bukannya nak menjawab dengan baik, boleh pula kata: 'tak nak kawan, sudahlah. tak yah approve. saya tak kisah pun. Bukan ada kena mengena.' Betul dik. Akak paham. Akak setuju beno dengan adik. Tak de kena mengena pun kan. Tapi dah adik request nak jadi kawan, mestila akak tanya mana kenal kan? Betul tak. Mestila akak nak tahu jugak kan dengan siapa akak berkawan kan? Ini, instead of introducing yourself, you marah pulak bila akak tak nak approve ya. Apa cerita ni dik oi? Aku ingatkan budak perempuan ni pandailah nak introduce diri. Ini idok.

Aku mendapati bila ada laman-laman seangkatan fesbuk ini, kita makin hilang nilai budaya dan adab. Tatasusila. Makin menipis. Hilang. Aish...

Wednesday, May 26, 2010

Sombong

Let me put it this way....

I am 27 years old, working woman.
Aku ada family.
Aku ada kawan-kawan.
Masa aku bukan dihabiskan dihadapan komputer.
Aku ada life outside the internet. Aku ada REAL life.

Jadi, bila kau kata aku sombong. ADA AKU KESAH?
Bila kau kata aku berlagak. ADA AKU KESAH?









Hanya orang-orang yang betul-betul aku kawan sahaja yang tahu betapa maha sombongnya aku ini.
Tiba-tiba rasa malas nak tulis. Aku kan sombong. Celaka.

Tuesday, May 25, 2010

Nightmares

I've been having nightmares for the past few days...
Real nightmares. Bukan seperti mimpi kena tangkap khalwat atau mimpi di kejar penyamun. Bukan. Ini mimpi benda-benda pelik. Hantu syaitan. Nightmares. Macam mimpi dalm cerita Freddy Krueger tu.
Aku tak pernah mimpi hantu syaitan ni. Bila dah mimpi, boleh terbawak-bawak sampai ke waktu berjaga rupanya.
Teringat-ingat aja muka hantu jantan atas pokok pelam belakang rumah Mak.(OK. Kau mesti tanya, macam mana aku tahu hantu itu jantankan?. Ya. Hantu itu tidak pakai baju.)
Sekarang ini, setiap pagi, bila aku ingin menghidupkan enjin kereta yang diparkir bawah pokok pelam tersebut, aku sudah rasa seperti mahu nangis. Asyik terbayang aja hantunya, menjulurkan kaki kepala ku. Aish...

Penat rupanya bila bermimpi ngeri hampir setiap hari. Kau akan terjaga jam 2 atau 3 pagi. Kemudian kau akan menghadapi kesukaran untuk tidur kembali. Aku sudah rasa. Letih. Tidak cukup tidur.
Yang menakjubkan, aku tidak pula terlewat bangun setiap pagi. Akibatnya, aku sampai ke tempat kerja lebih awal daripada biasa. Bagus juga sebenarnya.
Yang tidak bagusnya, belum sampai tengahari, aku dah mengantuk. Terkuap-kuap dalam ofis. Dah rasa macam singa laut dah ni. Ternganga-nganga.

Sunday, May 23, 2010

Fitrah wanita

Sudah menjadi fitrah wanita, berhati kecil, tetapi berjiwa besar.

Kita kadangkala mudah merelakan diri diperkotak katik, mahupun ditendang sesuka hati, tanpa memikirkan akibatnya pada hati nurani sendiri.
Kita cuba menjadi yang terbaik. Mendahulukan keperluan orang lain (suami, anak-anak, keluarga) tanpa memikirkan diri sendiri yang semakin hari semakin binasa.
Kita cuba menjadi super hero. Sedangkan kita hanya manusia biasa.

Aku? Aku cuba untuk tidak jadi begitu. Aku cuba untuk keluar dari kelompok itu. Aku cuba untuk menjadi diri sendiri. Mempertahankan hak sendiri.
Namun...
Aku tetap diperkotak katik. Tetap terperdaya. Atas alasan kasih, sayang dan cinta...
Kau ingat mudah jadi wanita?

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Semalam Nini call. Ucapkan "happy teacher's day". Itu versi English. Tepat dan lancar.
Versi Melayunya - "Keselamatan Hari Guru..." Aku tergelak sampai nak terkencing. Suka-suka hatinya dia menambah imbuhan. Kalau Cikgu BM aku dengar ni, mau menangis mereka.

Bila tiba hari guru, kita akan mula teringat guru-guru kita semasa di sekolah dulu. Aku? Aku pun ingat juga. Aku ingat, aku bukanlah seorang pelajar yang baik.
Aku suka bercakap, suka makan, suka berangan, suka baca buku cerita dalam kelas, paling malas buat homework, buku nota tak pernah lengkap, suka ponteng, and paling penting, aku suka buat kerja-kerja amal yang tak berkaitan dengan pelajaran untuk mengelak daripada kelas. Kerja-kerja amal ini termasuklah, melepak kat koperasi, tolong mak cik kantin, dan juga tolong cikgu pendidikan seni melukis mural.

Hukuman-hukuman yang aku terima di atas pelbagai kesalahan aku semasa bersekolah juga pelbagai. Aku pernah di rotan, disuruh berdiri mengadap dinding, siapkan homework di kaki lima kelas (dengan semua mata manusia memandang), di baling dengan pemadam, berdiri atas kerusi, dan segala bentuk cubitan tu jangan cakaplah, semua aku dah rasa.
Aku kagum dengan guru-guruku dulu, sabar aja karenah pelajar-pelajar yang sentiasa nak menyakitkan hati. Termasuklah aku.

Terima kasih cikgu. Tanpa cikgu-cikgu semua, sudah tentu saya tak menjadi cikgu kini.

Sunday, May 16, 2010

nini's antics

Nini bergaduh dengan mamanya.

Semuanya gara-gara tak mau pakai stoking ke sekolah tadika.
Mamanya dah pening. Sampai menangis-nangis tak mahu pakai stoking. Alasannya cukup kuat.

Esok ada ujian Matematik di tadika. Dia memerlukan jemari kakinya untuk mengira kalau angka yang diberi cikgu melebihi dari 10.

Macam mana nak 'kodek' jari kaki tu kalau dah pakai stoking kan?

Thursday, May 13, 2010

Un- Decided

I have decided to love my self more than I love others.
I have decided to take care of my own needs before others.
I have decided to be selfish. To be greedy. To be rebellious.

I don't want to give a damn about others anymore. It will be all about me. Me. Me.

Changes is needed. I need to change.

Tuesday, April 13, 2010

Tok Wan

Petang itu hujan lebat. Mak dan Adik ke depan kedai, meninjau-ninjau, takut-takut jika air longkang penuh. Rumah Tok Wan boleh dilihat daripada depan kedai. Terang benderang.

Anak Tok Wan sudah membawa Tok Wan ke Kuala Lumpur. Sudah seminggu. Tok Wan terjatuh dalam longkang, berjam-berjam. Tiada siapa yang sedar. Sudahnya, dia sakit teruk. Tiada siapa yang jaga. Kasihan orang tua tu.
Mak lihat rumah Tok Wan terang benderang. Mak gembira. Mungkin Tok Wan sudah balik. Kata Mak pada Adik. Adik juga tengok rumah Tok Wan. Nampak pintu longsor terbuka. Nampak Tok Wan menapak ke luar rumah. Di koridor, bawah teduhan hujan. Dengan berkain pelikat senteng dan baju kemeja singkat. Gayanya santai. Tangan dikilas kebelakang. Berjalan di koridor melihat air hujan mencucur dari atap rumahnya.

"Sihat dah Tok Wan tu." Ujar Adik pada Mak. Mak tengok Tok Wan. Nampak Tok Wan berjalan bawah teduh hujan. Tangan dikilas kebelakang.
Mak teringin nak tanya pada Tok Wan. Bila Tok Wan balik dari Kuala Lumpur? Sudah sihatkah Tok Wan? Siapa yang hantar Tok Wan balik? Mak tidak nampak sebarang kereta dihadapan rumah Tok Wan.

Semua soalan itu, Mak simpan sahaja.Hujan semakin lebat.

Esok, bila Cina Ikan datang menjual didepan rumah Tok Wan, Mak akan ketuk pintu rumah Tok Wan. Mak sudah berkira-kira ingin membawa apam putih gebu Mak Chah untuk Tok Wan. Mak tahu Tok Wan suka.

Usai solat Maghrib, telefon berdering. Dihujung talian, terdengar esak-esak suara Mak Long, anak Tok Wan yang sulung. Tok Wan meninggal petang tadi. Katanya. Setelah lebih tiga hari Tok Wan koma. Meninggal di Kuala Lumpur. Jenazahnya akan terus disimpan di sana. Mak long teresak-esak lagi. Mak terkedu tak terkata. Talian diakhiri.

Siapa yang Adik dan Mak nampak petang tadi? Berjalan tangan kilas kebelakang, dibawah teduhan hujan.

Tok Wan rupa-rupanya sudah kembali ke rahmatullah, di saat Mak dan Adik ternampaknya dirumah. Bila dijenguk kembali kerumah Tok Wan. Rumah yang tadinya terang benderang, sudah gelap gelita.

Semoga roh Tok Wan ditempatkan dikalangan orang yang beriman, bersama mereka-mereka yang dikasihi olehNYA. Al-fatihah.

Monday, April 5, 2010

Kahwin lagi

Asyik-asyik cerita pasal kahwin. Asyik-asyik cerita pasal kahwin. Macam dah boring kan. Nak cerita pasal masak-masak aku tak tahu. Jadi adalah lebih indah jika aku bercerita pasal kahwin.

Aku asyik rasa berbelah bahagi. Kalau aku cerita pada orang, orang akan kata, agak-agaknya aku ini sudah ada boyfriend baru. Tidak. Sama sekali tidak. Aku cuma ada dia.
Tapi kenapa hati aku tak tenang? Rasa bagai ada yang tak kena? Rasa bagai aku sedang mengambil langkah yang salah. Mak dan Abah pasti akan mengamuk kalau tiba-tiba mereka tahu anak mereka yang cantik jelita ini rasa berbelah bahagi.

Mak mesti akan kata : " Hari tu Mak dah larang, Kak chik yang nak juga."
Abah mesti akan kata : "Hari tu Abah dah larang, kak chik yang nak juga."

Aku dah dapat meramalkan Mak dan Abah akan pulangkan paku buah keras pada aku. Aish...

Aku tidak ada tempat bercerita. Tidak ada tempat untuk berkongsi rasa beban dihati ni. Rasa keraguan yang menimbun. Rasa tak selesa. Rasa bodoh. Rasa ingin lari, tinggal di satu tempat yang sunyi, supaya aku tak perlu membuat sebarang pilihan. Aku boleh hidup dengan tenang. Tidak perlu berfikir sekiranya aku membuat pilihan yang tepat atau tidak. Aku sudah mula pening-pening lalat. Jangan kau terkejut sekiranya aku tidak jadi berkahwin tahun ini.
Aku ingin lari. Aish...

Sunday, March 28, 2010

Mak lagi

Mak dah bising-bising.
Asyik-asyik mengadap buku. Asyik-asyik mengadap buku.
Mak boring. Dia nak aku mengadap dia saja. Bersembang dengan dia saja. Jangan bercakap dengan orang lain selain dari dia.
Aku memang suka. Tetapi, aku akan cepat boring. Mak akan bercerita tentang makcik-makcik yang selalunya aku tidak kenal. Nama makcik-makcik ini pula selalunya lebih kurang sama. Dalam kampungku saja, ada ramai makcik yang bernama 'ANI': Makcik Ani Simpang Telok, Makcik Ani Kantin, Makcik Ani Tanah Haram, Makcik Ani Lebai, dan beberapa orang lagi Makcik Ani yang dikenali dan dikategorikan berdasarkan tempat tinggal, nama suami atau pekerjaan mereka.
Oleh itu adalah lebih baik aku mengadap buku daripada aku memerah otak memikirkan Ani yang mana satu yang Mak maksudkan dalam ceritanya.
Tetapi, kalau tak dilayan nanti, Mak merajuk. Mak marah-marah. Darah Mak naik. Terpaksa pulak aku mengadap Mak di hospital. Mintak simpang malaikat. Baik aku mengadap Mak dirumah. Lebih selesa.

Thursday, March 25, 2010

Sorry banyak-banyak

Aku tak tahulah bila masanya ahli keluarga aku yang cerdik pandai ini akan insaf dan sedar hakikat bahawa aku dah tak bersama SB lagi.

Hari tu, Adik ku yang hensem (bless him, he turned 21 today) dah membuat aksi berbahaya dengan me'request' nak menjadi kawan dengan SB dalam Facebook. Selepas beberapa lama tak mendapat apa-apa jawapan dari SB, adikku yang kadangkala agak bangang itu, mengadu domba pula kepada abang iparku yang kaya raya lagi maha handsome (Abgngah, if you read this, which I know you will: Pinjam kereta satu minggu.Boleh? hehehe).
Maka, Abang iparku yang kaya raya lagi maha handsome itupun cubalah- cuba me'request' menjadi kawan dengan SB (Sebenarnya, mereka-mereka ini sangat-sangatlah rapat dengan SB semasa hubungan kami belum arwah lagi).

Aku tidak tahu menahu tentang aktiviti me'request' menjadi kawan ini sehinggalah abang iparku yang disayangi itu, membuat kenyataan ini di wall Facebook ku malam tadi:

"Semalam A.Ngah try add SB.. Malangnya hari nie dia reply by e-mail 'sory byk2'.. Apa punya parpu daaa... Besaq punya kamjat.. Habaq kat D.Mad bukan dia sorang yang kena reject.. Obviously the whole family has been rejected.. Nalla punya parpu.. Buang karan ja try.. Mak kali hamput punya olang.."

Walaupun aku tak paham kebanyakan perkataan dalam keseluruhan pernyataannya ini. Tapi aku tahu dia terasa hati. Bukan sebab sedih putus hubungan dengan SB. Bukan. Sebaliknya lebih kepada sedih sebab kena reject. Hahahaha... Belajar-belajarla terima kenyataan bro, orang yang kaya-raya lagi maha handsome pun boleh kena reject juga. Hehehe...

For SB: It is your own choice and your very own decision whether to accept or not any friend request in your FB. You are not in the wrong. They are just trying to be friend with you again. Aku tak ada kena mengena ya. (kenyataan ini dibuat sebab takut kena ambush with nasty comments dari encik 'peminat'. )

Tuesday, March 23, 2010

Cari pasal

Aku dah bagi tahu pada Mak rancangan aku untuk berpindah, mencari rumah lain. Konon-kononnya merajuk. Konon-kononnya protes. Konon-kononnya berpindah membawa hati yang luka.
Chewah...

Akibatnya,
Selama 2 hari, Mak hanya memberi isyarat mata saja dengan aku. Jangankan hendak bercakap, bersentuh bahu pun dia tak lalu. Aish...

Cari pasal lagi. Padan muka.

Sunday, March 21, 2010

Semekin

Hidup makin miskin sekarang ini.
Miskin wang, miskin waktu, miskin budi bahasa.

Aku tidak mahu jadi orang miskin. Aku mahu jadi kaya.
Kaya wang, kaya waktu, kaya budi bahasa.

Tetapi rasa-rasanya cita-citaku susah benar nak tercapai.
Aku sekarang ini:
Tiada wang, tiada waktu, tiada budi bahasa.
Celaka.

Wednesday, March 17, 2010

Kahwin

Tolong bagi aku 10 sebab kenapa aku perlu kahwin?

Aku tiba-tiba rasa mungkin marriage is not for me.
Mungkin aku tak sesuai berkahwin.
Mungkin aku tak sesuai memegang status sebagai isteri orang.
Mungkin aku tak sesuai untuk apa-apa.

Tiba-tiba aku rasa malas nak berfikir.

Tuesday, March 16, 2010

Halau

Aku rasa aku sedang dihalau secara halus dan lembut. Aku rasa sahaja. Tak semestinya betul. Tapi kebarangkaliannya tinggi. Kebarangkalian aku sedang dihalau secara halus itu sangat tinggi.

Kalau diikut hati muda ini, aku ingin tinggal selamanya dengan Mak. Tapi dari cakap-cakapnya, aku rasa, Mak dan Abah sudah mula menyampah melihat muka aku dirumah. Takkan lah kering sangat hati aku ini, sampaikan tak dapat nak memahami maksud tersirat Mak Abah itu. Aku paham. Memang aku paham benar.

Penyelesaiannya sekarang, aku perlu cari rumah sewa. Mungkin di antara rumah Mak dan tempat kerja. Supaya mudah aku berulang-alik ke rumah Mak sekiranya aku lapar (nampak sangat tak guna). Ataupun aku sebenarnya tak perlu menyewa. Ya. Buat apa perlu menyewa jika aku ada penyelesaian lain.

Ada sesiapa yang teringin anak angkat yang boleh basuh baju, kemas rumah, lipat kain, tapi suka tertidur petang lepas balik dari kerja? Dan aku juga tak pandai masak. Anyone? Kak yan?

Sunday, March 14, 2010

Gaduh-gaduh sayang

2, 3 menjak ini, aku suka ber'FB'. Bukan kerana aku terjumpa jejaka kacak dalam FB. Bukan.

Ianya kerana aku sibuk membaca pergaduhan pelajar dalam 'group'. Aku cuma mengikuti dari jauh, ingin tahu apa yang berlaku di alam pelajar-pelajar ku. Ingin tahu apa yang bakal berlaku selanjutnya. Ingin melihat bagaimana minda-minda pelajar berusia 19 tahun ini menyelesaikan masalah.

Ternyata, mereka masih belum mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah dengan baik. Caci-maki sesama sendiri, bergaduh secara maya, laporan polis, caki maki lagi dan lagi dan lagi. Kemana hilangnya sifat penyayang dikalangan pelajar-pelajar ini terhadap rakan-rakan?

Bila aku membaca komen-komen yang berbaur ugutan dan caci maki itu, aku terus merasakan seolah-olah aku berada dalam filem Hollywood. Pelajar-pelajar 'highschool' yang sibuk mengejar populariti dengan berusaha menjatuhkan orang lain. Ini tidak baik.
Aku rindukan suasana dimana pelajar-pelajarku baik-baik pekertinya. Pemaaf dan penerima. Pemalu dan penyayang. Ini yang aku impikan. Satu persekitaran pembelajaran yang 'fun' dan 'exciting'. Tenang. Tanpa gangguan. Pelajar-pelajar ini lupa tugas utama mereka di kolej ini adalah untuk mengejar ilmu. Bukan populariti. Ini bukan Akademi Fantasia. Ini tempat belajar.
Mereka lupa tujuan mereka. Mereka lupa.

Aku cuma dapat berharap dan berdoa, mereka sedar dari alam lena. Semoga teguran yang aku lemparkan dijalanan, didengari dan diikuti. Aku harap pergaduhan itu cuma gaduh-gaduh manja. Gaduh-gaduh sayang. Selepas ini, mereka boleh berbaik semula dan ketawa bersama.
Tapi fikiran ini hanya pada aku. Cuma aku. Mereka? Aku belum tahu bagaimana jadinya nanti. Aish...

Thursday, March 11, 2010

Peringatan buat diri sendiri

Aku bukan anak yang baik. Dari semalam aku rasa bersalah. Aku tahu, aku bukan anak yang baik.

Kadang-kadang (atau mungkin: selalunya) sebagai anak, kita terlepas pandang pelbagai intonasi dan perkataan yang bisa mengguris hati kedua ibu bapa. Kita lupa ibu bapa juga ada perasaan. Kita lupa dari mana kita datang. Kita lupa siapa yang besarkan kita.

Aku bukan seorang yang pelupa. Tapi aku akui kadangkala (atau mungkin: selalunya) aku sengaja lupa.

Semalam, Mak minta pertolongan aku untuk membawanya kerumah keluarga arwah Mak Ngah. Aku dengan sesuka hati dan tanpa segan silunya menolak permintaan Mak itu, dengan alasan aku letih dan hari ini, aku perlu bekerja, jadi aku tidak mempunyai nafsu untuk keluar kemana-mana.
Mak diam saja. Sedikit pun tak terkata apa. Tapi aku tahu, dia semestinya terasa hati. Diam sahaja sepanjang malam. Mak bukan jenis yang kaki protes. Tapi bila diam, aku tahu, dia terasa hati. Ampunkan chek Mak.

Aku mengaku, mungkin kata-kataku agak pedas dan tidak munasabah. Aku terfikir juga, jikalau 'Abang' ajak aku dating, sudah pastinya aku akan kata 'Yes' walaupun esoknya aku perlu bekerja. Aku mengaku, aku tidak bersikap adil pada Mak. Aku tidak memberi peluang langsung pada Mak untuk cakap apa perlunya dia ke rumah arwah Mak Ngah.

Sebagai anak yang mungkin (pasti) tidak bau syurga ini, hari ini aku janji pada diri sendiri akan menurut kehendak Mak. Aku memberi peringatan pada diri sendiri untuk memberi peluang lebih pada Mak. Tak mahu lagi rasa bersalah. Letih.

Wednesday, March 10, 2010

What If....

Banyak sangat 'kalau' dalam hidup aku. Kemungkinan-kemungkinan yang tak pasti, malah menyakitkan hati.

Alangkah baiknya kalau aku tak perlu berfikir panjang, what if this... dan what if that...
Alangkah bahagianya hidup kalau setiap pilihan yang aku buat akan sentiasa tepat, dan tak terlalu mendebarkan. Kalau setiap apa yang kita lakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Aku paling tak suka rasa berdebar. Menanti jika satu-satu keputusan yang aku buat itu betul atau salah. Ianya seperti menonton AF dan menanti siapa yang bakal dihadiahkan beg itu. Menanti jika AFundi yang kita buat berhasil atau tidak. Aku cepat berdebar dan aku tidak suka debaran itu.

Hari ini Mak telefon di tempat kerja. Minta aku pulang terus, jangan singgah dimana-mana. Ada tetamu katanya. Penting. Aish..ini yang aku tak suka.
Tetamu siapa?
Aku kah?
Mak kah?
Kenapa penting sangat sampai aku disuruh pulang awal?
Apa perlunya aku dirumah?
Setakat nak bancuh air tu, Mak boleh buat sendiri. Aku dah berdebar-debar ni. Pelik dan berdebar-debar. Kalau aku tak balik nanti, panik pula Mak dirumah. Nak balik awal atau tak?
Tak sukanya perasaan ni... Aish...

Tuesday, March 9, 2010

Mas

Dulu-dulu aku geli bila orang panggil aku 'Mas'. Aku rasa pelik dan serba tak kena. Memang nama Mas tu sebahagian dari nama aku, tapi aku betul-betul tak suka. Pernah sekali, semasa di sekolah rendah, aku pernah protes, tak mau bercakap dengan seorang kawan aku ni, semata-mata sebab dia panggil aku Mas. Putus tali persahabatan hanya kerana nama. Tak pasal-pasal ja. Nampak sangat bodoh dan tak matang.

Sekarang?

Aku dah tak kisah, panggil la aku dengan nama apa pun, asalkan memang nama aku. Janganlah panggil aku dengan nama haiwan. Nama benda. Sumpah aku tak jawab.
Aku dah semakin suka pula bila orang panggil aku Mas. Tambah-tambah bila 'Abang' yang panggil. Rasa seram aja. Meremang bulu roma gitu. Ahak.

Monday, March 8, 2010

Hari ini letih

Hari ini aku letih. Malam tadi, sekejip pun aku tak boleh melelapkan mata. Berdenyut-denyut rasa kepala otak aku ini, minta ditidurkan, minta direhat...

Baru jam 8.30 pagi, dah lebih sepuluh kali aku menguap. Menyesal tak ambil MC aja ari ni. Qada tidur yang tidak cukup.


Kalau dapat tido bilik ni lagi, sekarang, aku boleh lena sampai esok pagi...

Sunday, March 7, 2010

SURAT LAYANG

Apa definisi surat layang?
Setahu aku, surat layang = surat tidak bernama yang dihantar kepada penerima surat dengan niat, penerima tidak mengetahui siapa pengirimnya.

Di opisku, ada persepsi baru mengenai apa surat layang ni sebenarnya.

Di opisku yang dipenuhi manusia yang sangat berfikiran sivik, berminda terbuka, mempunyai degree dan master, dan juga mempunyai tahap kesedaran diri yang tinggi;
surat layang bermaksud = surat/emel yang ditujukan kepada semua staf dengan niat menegur apa yang salah, serta mempunyai nama pengirim. wtf.

Kalau dah dasar peribadi tak boleh menerima teguran, apa yang betul pun boleh dianggap salah...
Aish...

Thursday, March 4, 2010

TEGUR- TEGURAN

Korang pernah terfikir tak cara terbaik nak menegur orang lain? Bila aku kata tegur, aku bukan maksudkan tegur seperti "Hi!", "Hello!","Eeeeee...gemuknya awak sekarang...." BUKAN...
Bukan tegur seperti itu yang aku maksudkan. Tegur yang lebih berbentuk teguran. Eh! Betoi ka ni?

Teguran.
Bagaimana korang menegur rakan yang mempunyai bau badan yang kuat/tengik? Atau ketiaknya masam?
Bagaimana korang menegur rakan sekerja lelaki yang seluarnya terkoyak di bahagian hadapan, tetapi dia tidak menyedarinya?
Bagaimana korang menegur rakan yang suka bercakap sampai tersembur-sembur?

Semua ini memerlukan diplomasi. Perlu perancangan dari segi cara menegur. Segalanya umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. ewah...
Teguran secara terbuka sebenarnya tidak digalakkan terutamanya dalam senario masyarakat kita yang sangat mengamalkan sistem berdiplomasi. Teguran secara lembut dan diam. Ataupun tegur dalam hati. Ataupun tegur belakang.

Diplomasi di opisku = Cakap belakang, OK. Cakap depan-depan, jangan sekali.

Di pejabatku hari ini, kes teguran secara terbuka telah menaikkan amarah pihak lain. Bukan pihak yang di tegur. Bukan. Sebaliknya pihak yang tiba-tiba terasa dia yang ditegur.
Kakak yang menegur, menghantar emel kepada semua staff, menyatakan rasa tidak puas hati sesetengah staf yang tidak mengikut etika berpakaian dan tidak mengikut tatacara menggunakan papan putih di kelas. Aku puji tindakan kakak itu. Dia berani menyuarakan pendapatnya. Bagus. Tetapi mungkin caranya menegur tidak disukai. Orang yang tidak ditegur tetapi telah tiba-tiba terasa hati itu menghantar emel balasan kepada kakak terbabit, tidak berpuas hati dengan cara teguran.
Orang yang tidak ditegur tetapi terasa hati itu mungkin mengamalkan diplomasi tegur secara lembut dan diam. Tetapi bagaimana jika teguran secara lembut dan diam itu tidak diendahkan? Bukankah kita perlu bersikap lebih terbuka? Tegur secara terang-terangan untuk mengambil perhatian pihak terbabit untuk mengambil tindakan.

Bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran sepatutnya menjadi amalan kita. Bertindak atas teguran dan sentiasa berfikir secara positif.

Secara peribadi, aku tidak ambil pot sangat dengan apa yang berlaku. Aku juga mengamalkan sistem berdiam diri lebih baik dari bercakap. Tetapi kalau aku ada 'super power', sudah pasti aku juga akan tegur secara terbuka.

Wednesday, February 24, 2010

penat

2, 3 minggu ni aku rasa penat. Penat = Lelah = Asma.

Rasa sangat tidak sihat. Berat badan menyusut. Alhamdulillah. Tapi dah datang satu masalah baru pula, dah kene penyakit lelah pulak dah. Naik tangga sikit pun semput, jalan pegi kelas pun semput, becakap banyak pun semput, time mengajar pun semput. Dah nak mati dah aku ni agaknya.

Lelah ni memang berada dalam keturunan keluarga aku. Arwah Tok dan Mak ngah meninggal disebabkan penyakit semput ini. It runs in the family. Aku dah buat appointment dengan doktor di klinik asma minggu depan. Minta-mintala semuanya ok.

Friday, February 12, 2010

Birthday!

Februari musim hari lahir. Tidak, bukan hari lahir aku. Bukan. Sebaliknya hari lahir orang-orang yang terdekat dalam hidup aku yang sememangnya mempunyai lingkaran yang teramatlah kecil. Lingkaran hidup aku kini hanyalah mereka-mereka yang satu tempat kerja denganku, pelajar-pelajar dan yang paling penting, family. Aku tidak mempunyai rakan-rakan lain diluar waktu bekerja. Menyedihkan? Mungkin. Bagi kawan-kawanku yang jauh, bagai dikatalah, jauh. Aku tak berpeluang bertemu dengan mereka, mereka juga ada hidup masing-masing. Sedih pula bila diingat-ingat.

Berbalik kepada topik asal; hari lahir. Februari bulan kelahiran Mak dan Abah. Bulan kelahiran arwah anak saudaraku, Adam. Baby Wafi juga dilahirkan dalam bulan Februari. Rakan=rakan juga ramai yang dilahirkan dalam bulan ini. Ada yang aku ingat, ramai yang aku lupa. Ya. Aku bukan seorang rakan yang baik. aku selalu terlupa mengucap selamat bagi hari lahir rakan-rakan. tetapi, aku tidak pernah lupa hari lahir Mak dan Abah. Aku rasa ramai rakyat Malaysia yang berstatus anak juga begitu. Kita jarang lupa hari lahir ibu, bapa, pasangan serta anak-anak. Tetapi sebaliknya berlaku dalam keluargaku. Abang ku yang hebat itu tidak pernah ingat hari lahir Mak dn Abah. Misteri betul.

Adalah menjadi kelaziman pada setiap keluarga, anak sulung lebih disayangi dan ditatang. Mak kata, anak sulungnya adalah yang pertama kasih-sayangnya dicurah. Aku setuju. Tetapi bagaimana pula anak sulung yang tak menghargai lansung kedua ibu bapa ni? I hate to say this. But sometimes, there's a bit of hatred in me towards my lucky brother. Jealousy. Perhaps. Malam birthday Mak, dia menunggu saja panggilan dari Abang yang tinggal 5 km dari rumahku. Sampai tersebak-sebak dibuatnya bila bercerita kepadaku, Abangku itu tidak ingat lansung hari lahirnya. Setelah aku hantar sms pemberitahuan kepada Abangku itu, barulah dia menelefon Mak. At least Mak tersenyum malam itu. Itu yang aku nak sebenarnya. Fancy dinner dan hadiah rupa-rupanya tak membawa apa-apa makna pada Mak, dia cuma inginkan anaknya yang seorang itu, ingat padanya. Satu perkara yang jarang berlaku. Abang hanya akan ingat bila dia perlukan sesuatu. Betul.

Aku berdoa sentiasa, supaya Abang menyedari tanggungjawabnya membahagiakan Mak dan Abah. Mereka tidak perlu wang ringgit. Mereka tidak perlu harta dunia. Yang mereka mahukan hanyalah kasih sayang dan ingatan anak-anak. Aku berharap tanggapanku salah. Aku tahu Abang ingat pada Mak dan abah. Cuma mungkin he has his own way of showing it.

Monday, January 25, 2010

Musim Sukan

Sabtu lepas, aku memandu ke UUM, terserempak dengan segerombolan pelajar-pelajar sekolah merentas desa. Seronok betul la.Baru aku teringat. Ya, awal-awal tahun ini adalah waktunya sekolah-sekolah seluruh Malaysia (rasanyalah) akan mengadakan hari sukan. Merentas desa adalah salah satu aktiviti sukan yang diadakan dan antara yang paling aku tak suka.

To tell you the truth, Aku TIDAK pernah join merentas desa. Rugikan? My sister said to me, my school years tak complete because I always refused to join any sports activities. Semasa di sekolah rendah, cikgu assumed aku tak sihat. Sumpah aku tak pernah kata pada cikgu, aku sakit lelah or asma, because aku memang tak ada penyakit seumpama itu. Andaian aku tak fit adalah disebabkan tubuh badan yang pendek, bulat, serta berat. Juga berteman hakikat muka aku yang sememangnya cepat merah bila panas, marah or even bila malu. Cikgu-cikgu ku membuat andaian, I'm not fit to join any activities which involves running or yang seumpamanya, maka aku pun diexcusekan setiap kali adanya aktiviti berlari-lari. Apa lagi, aku pun lagi bertambah seronok. Tak perlu berpanas dan berpeluh.

Bila di sekolah menengah, semangat seorang pemalas bersukan begitu menebal dalam diri. Aku suka outdoor activities. Aku join pengakap, pergi camping, kawad, kayak. Tapi tak pernah pergi berlari. The only larian yang betul-betul aku buat ialah ujian kecergasan di sekolah. Di SMJitra, Ujian kecergasan semasa aku belajar dulu bermakna berlari 7 pusingan (kalau tak salah) mengelilingi satu kawasan berpagar (dalam pagar tu ada 2 gelanggang tenis+1 gelanggang bola keranjang/bola tampar+pavilion tempat duduk penonton+kawasan pokok2 bunga yang tidak menarik). Boleh pengsan dibuatnya. Tapi aku berjaya juga menghabiskan larian kerana malu+takut dimarah cikgu.

Bila di fikir-fikir balik, tak rugi sebenarnya join sports activities. Untung dari segi kecergasan fizikal dan mental. Aku sekarang ini, mental yang terlebih cerdas. Fizikal?Jangan tanyalah. Kerja dalam aircond dari jam 8-4, duduk kerusi empuk, mengadap komputer, sehari ada 3 jam class aja. Heaven? Maybe for some people. But for me, I finally realize the importance of exercising. Perut dah gendut, badan dah makin besar, berat jangan cakapla, bertambah-tambah. Muka ja maintain cun+comel. Chewah...

Balik nanti, aku nak cari kasut sport yang telah lama berkubur dalam kotak, nak ajak adik jogging di Taman Rimba. Insyaallah... Kalau tak pun, join ajalah seorang kakakku ini pergi belly dancing. Huhu...tu pun kalau K.Yong nak bawak lah..ops.

Tuesday, January 19, 2010

2010

Sudah terlambatkah aku? Belum agaknya. Happy New Year everyone. Macam celaka ja kan, dah 19 hb Jan baru nak ucap Happy New Year. Apa nak buat. Bukannya aku sengaja nak ucap happy new year sebegini lambat. Masalahnya aku terlampau busy dengan kerja, dengan belajar, busy dengan orang-orang yang tak sepatutnya dan juga busy dengan bercuti sampaikan kenduri kahwin Hani pun boleh terlepas. Sedangkan dah plan dari awal. Rasa macam nak nangis aja hari tu. Sedih bila tengok gambar kawan-kawan yang attend wedding Hani. But at the same time, I'm happy for her. Tahniah Hani. Hujung tahun ni, dapat baby. Huhu...

Aku tinggalkan 2009 tanpa sebarang masalah tertangguh. Hutang tertangguh? Ada. kerja-kerja tertangguh? Ada. Masalah? None. Hidup semakin tenang dan gembira. Alhamduliillah...

Aku mulakan 2010 tanpa sebarang perasaan teruja yang luar biasa. Azam tahun lepas yang belum tertunai, aku bring forward ke tahun ini. Dan seperti biasa aku menanamkan semangat yang jitu untuk menguruskan badan (tahun lepas pun macam ni juga, tapi tak jadi). Tahun ini juga aku berazam untuk menamatkan pengajian dan berkahwin. Chewah.. Berkahwin boleh jadi azam ke?

The whole family merancang nak holiday ke Sabah, without me of course. Ini kerana, Aku terpaksa bekerja ketika cuti sekolah, dan cuti tahunanku hanya 7 hari seminggu. Sedih kan? Masalahnya sekarang, aku perlu memberitahu Angah; mastermind holiday; yang aku tak dapat tag along.Mesti dia kecewa dan sedih. Adik kesayangannya tak dapat ikut bersama. Aish... How to break the news to her? Masalah ni...Aish...

All in all, aku mengharapkan yang terbaik tahun ini, sepertimana juga tahun-tahun sebelum ini. Aku mengharapkan kebahagiaan dan kesihatan untuk Mak dan Abah, kesejahteraan seluruh ahli keluarga, mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawan dan mengingatkan diri sendiri supaya menghadapi segalanya dengan tenang, sabar dan ceria. Segala dugaan yang bakal datang adalah cabaran yang perlu ditempuhi dengan hati dan minda yang terbuka.