Monday, November 1, 2010

Hidup

Aku selalu ambil tahu apa yang jadi pada kehidupan orang-orang sekeliling aku. Not to say aku suka busy body. No. Cuma kadangkala jika dengan mengambil tahu, kita dapat berkongsi, meringankan beban fikiran yang ditanggung oleh orang lain, aku sudah cukup gembira.

Hendak bercakap mengenai hidup rumah tangga, aku tidak pandai. Hidup aku pun masih belum tentu, kemana rumah, dimana tangga.
Aku hanya mampu mendengar, melihat, mentafsir segala kronologi kejadian yang berlaku. Dan sebagai wanita, aku sedih. Melihatkan keadaan insan yang sangat disayangi, sangat dikagumi, seseorang yang aku anggap sebagai seorang idola, bagai hilang arah tuju. Aku sedih.

Bagaimana kiranya aku dapat membantu. Meringankan kekusutan itu, wahai kakakku, luahkanlah. Mungkin dengan berbicara, kau dapat merungkai beban didada. Kerna aku tahu, kau sudah tiada air mata.
Mak kata, di Kedah sudah 2 hari hujan tanpa henti. Mungkin juga menangisi nasib anak mu di kota ini. Kerna Kuala Lumpur sudah lagi tidak mencurahkan simpati.

Aku ingin sekali berkata pada kakak,
sedarlah...
Mungkin tiada lagi yang berfaedah di kota ini untukmu. Bawalah anak-anakmu lari sejauh mungkin. Tinggalkan segala kekalutan. Mulakan kehidupan dengan hati yang tenang. Kerna aku tahu, kau lebih mulia dari penghinaan yang kau terima. Kau wanita tabah kakakku. Kau wanita tabah.

Namun, ini hanya angan-anganku. Kata-kataku yang tidak kesampaian. Aku tahu. Hidup kita berbeza. Mana mungkin aku dapat mencorak kehidupanmu wahai kakakku. Segala pengaturan, didalam tanganmu sendiri. Hanya yang mampu aku luahkan, tabahkan hati mu wahai kakak. Berikan penghormatan kepada dirimu sendiri sebagai wanita, isteri dan ibu. Kau telah melalui pelbagai kekusutan. Aku tahu.

Aku berdoa, jalan-jalan depan mu akan dihiasi warna-warna yang ceria. Mengatasi mendung yang ada.

No comments: