Wednesday, November 24, 2010

mimpi

Semalam aku tidur rumah along. Konon-kononnya teman kak long. Last-last, kak long yang teman aku sebab awal-awal lagi aku dah pengsan dek kerana menelan ubat selsema. Yang nak dicerita ni hal mimpi semalam. Pelik sungguh. Mimpi naik kapal layar yang sangat besar. Ada makna kah?
Siap dipukul gelombang kuat lagi tu. Yang lagi amazing, kapal laut itu tiba-tiba bertukau menjadi kapal terbang. Terbang la pulak aku, Mak dan Abah di awan biru. Ahak... Kalau bab mimpi ni, lubang cacing pun boleh diteroka. Betul tak?

Thursday, November 18, 2010

Raya

Raya paling tak best? Betoi ka? Aku ada dengar orang cakap macam tu. Mungkin juga. Sebab baru sudah banjir. Bekas air banjir masih melekat kat dinding rumah, perabot pun tak berganti lagi. Kabinet TV macam dah senget menunggu reban. Nantila kau, aku ganti dengan stainless steel.

Mak pun tadak mood nak beraya. Katanyalah...
TAPI, pagi-pagi lagi atas meja dah penuh dengan gulai daging, lontong, ketupat pulut, gulai ayam, dan serba mak neka makanan lagi. Thank you Mak. Kalau Mak pi beraya tang lain, kami ni pakat-pakat kunci rumah, pi merempat tang lain la jawabnya raya-raya ni. Tak pasai-pasai ja boleh join mat-mat bangla dengan indon, dok kat tangga City Plaza di pagi raya, tunggu supermarket bukak.

Selesai aktiviti makan-makan di pagi hari, semua orang bawak diri masing-masing. Along balik beraya rumah mertua, Angah dan Abgngah boleh pulak ke Padang Besar (manala ada orang meniaga hari-hari raya ni)...Aku tidak. Aku dok dirumah dengan Mak. Tengahari hujan lebat, kami tidur sampai petang. Adik bangun jam 12, jam 1 dia dah start enjin kereta, jam 1.15 dia dah lesap. Aku hanya nampak muka dia balik jam 2 pagi. 12 jam dia kat luar, 12 jam dia kat rumah, tidur. Sekarang ni pun dok melengkar lagi, apa nak jadi tah adik aku yang sorang tu.

Family kami kecil, raya kami simple. Tak ada beraya rumah saudara mara. Hanya kami sahaja. Sunyi. Simple. Tapi aku suka.

Wednesday, November 10, 2010

Post-banjir

Minggu sudah, di rumah banjir. Sudah surut. Masa banjir, aku di Langkawi. Kasihan Mak. Kasihan Abah. Kasihan Adik.

Masa banjir, aku di Langkawi. Abah tak bagi balik. Tak ada orang nak ambil aku di jeti. Kereta tersangkut depan rumah Tok. Tak boleh bergerak. Semua orang 'tow' kereta ke tempat lain. aku tak. Agaknya Abah fikir kereta itu boleh bertukar menjadi katak. Telahan Abah benar. Air naik, tenggelam tayar kereta, 2 inci sahaja. Nasib baik.

Lepas air sudah surut, aku pulang. Mak dah dalam proses mencuci rumah. Penat. Hampir 5 hari mencuci rumah dan kedai. Tak habis-habis. Nasib baik ada Adik, kawan-kawan adik, Kak Long, adik-adik Kak Long, anak-anak saudara, dan tidak ketinggalan Tunangku datang menolong. Itu pun, masih banyak yang berbaki. Rumah di paluti lumpur. Perabot rosak. Ikan-ikan di dalam kolam, mati. Ikan keli 3 ekor dalam akuarium, hidup, sihat walafiat. Akuariumnya saja yang pecah.

Aku tidak sempat mengambil gambar, letih. Dari pagi sampai ke malam mencuci. Tangan dah mengelupas dek kerana sabun basuh. Harap-harapnya tiadalah lagi gelombang kedua.

Buat rakan-rakan yang menelefon, bertanya khabar. Terima kasih. Yang menghantar sms (cik juo), maapkan den, tak sempat nak balas on the spot. Ketahuilah, rakanmu ini dah hampir kurus dek kerana menyental lantai...Aish...

Monday, November 1, 2010

Hidup

Aku selalu ambil tahu apa yang jadi pada kehidupan orang-orang sekeliling aku. Not to say aku suka busy body. No. Cuma kadangkala jika dengan mengambil tahu, kita dapat berkongsi, meringankan beban fikiran yang ditanggung oleh orang lain, aku sudah cukup gembira.

Hendak bercakap mengenai hidup rumah tangga, aku tidak pandai. Hidup aku pun masih belum tentu, kemana rumah, dimana tangga.
Aku hanya mampu mendengar, melihat, mentafsir segala kronologi kejadian yang berlaku. Dan sebagai wanita, aku sedih. Melihatkan keadaan insan yang sangat disayangi, sangat dikagumi, seseorang yang aku anggap sebagai seorang idola, bagai hilang arah tuju. Aku sedih.

Bagaimana kiranya aku dapat membantu. Meringankan kekusutan itu, wahai kakakku, luahkanlah. Mungkin dengan berbicara, kau dapat merungkai beban didada. Kerna aku tahu, kau sudah tiada air mata.
Mak kata, di Kedah sudah 2 hari hujan tanpa henti. Mungkin juga menangisi nasib anak mu di kota ini. Kerna Kuala Lumpur sudah lagi tidak mencurahkan simpati.

Aku ingin sekali berkata pada kakak,
sedarlah...
Mungkin tiada lagi yang berfaedah di kota ini untukmu. Bawalah anak-anakmu lari sejauh mungkin. Tinggalkan segala kekalutan. Mulakan kehidupan dengan hati yang tenang. Kerna aku tahu, kau lebih mulia dari penghinaan yang kau terima. Kau wanita tabah kakakku. Kau wanita tabah.

Namun, ini hanya angan-anganku. Kata-kataku yang tidak kesampaian. Aku tahu. Hidup kita berbeza. Mana mungkin aku dapat mencorak kehidupanmu wahai kakakku. Segala pengaturan, didalam tanganmu sendiri. Hanya yang mampu aku luahkan, tabahkan hati mu wahai kakak. Berikan penghormatan kepada dirimu sendiri sebagai wanita, isteri dan ibu. Kau telah melalui pelbagai kekusutan. Aku tahu.

Aku berdoa, jalan-jalan depan mu akan dihiasi warna-warna yang ceria. Mengatasi mendung yang ada.