Thursday, October 28, 2010

Lega

Alhamdulillah...

Setelah penat berusaha, setelah puas menangis, setelah segala isi otak (dan juga isi perut) dikeluarkan, akhirnya tadi aku dah hantar project work yang tah apa-apa itu...
Lepas ni, aku boleh qada baca novel, tido awal - bangun lewat, tengok TV puas-puas, main 'tekken' sampai patah jari, dan pi dating tanpa rasa bersalah (ini yang paling best).

Project selepas ini - fokus kerja kahwin..huahuahua... dengki sebenarnya tengok Bieb dah rancang macam-macam, aku dok kelam kabut dengan Master Project. Tak pa Bieb, pas ni, I tiru idea u na...
Idea kerja kahwin dari orang yang lebih berpengalaman contohnya dari mak-mak orang, dan juga bakal nak jadi mak orang yang lain juga sangat-sangat lah dialu-alukan (you guys know who you are)...

Tapi sebelum apa-apa pun, cuti ni, tak payah cari aku dirumah. Aku tak betah di rumah. Aku nak ke LANGKAWI. hehehe...

Monday, October 11, 2010

Beringat

Tolong cakap pun salah. Tak cakap nanti, lagi salah.
Macam mana tu?

Bila aku bagi tau, benda yang benar, kau rasa offensive. Jadi kau bersikap defensive. Sedangkan semuanya untuk kebaikan bersama. Tak mengapalah. Kau memang selalu rasa aku tidak baik. Jadi kau boleh kata apa yang kau suka. Pada sesiapa yang kau suka. Bila-bila masa yang kau suka.

Aku? Aku lebih baik diam. Lebih baik tidak kata apa-apa. Lebih baik aku tutup sebelah mata. Buat-buat buta. Buat-buat tuli. Itu lebih baik. Aish...

Wednesday, October 6, 2010

mulut orang

Mak aku kata: Mulut orang bukan macam mulut tempayan (boleh ditutup).
Mulut orang berenti berbunyi kalau dia kenyang. Kenyang hati. Kenyang nurani. Kenyang perut, suka hati. Kalau orang tengah lapar, semua benda dia akan komplen. Orang yang tak salah pun boleh jadi mangsa fitnah. Kenapa? Sebab dia tengah lapar.

Bila aku fikir-fikir balik. Ada betulnya kata Mak itu. Lapar tak semestinya bermakna hanya perut yang perlu di isi - ada juga yang lapar nafsu, lapar ilmu, jiwa kosong, mulalah berfikir yang bukan-bukan. Orang yang pernah di claim 'ini kawan baik saya' pun boleh di caci dari belakang. Tak tahulah apa maksud, niat, sebab dan musabab yang sebenar.

Bila caci dan umpatan itu dijalankan secara terbuka, dengan ramai telinga yang mendengar, agak-agakla, benda-benda yang diperkatakan itu, akan sampai tak kepad tuan punya badan? Bodohlah kalau kau anggap semua yang berada di meja itu penyokong setia kau. Ya. Aku tidak nafikan, ada yang akan terpengaruh dengan kata-kata kau itu. Tidak mengapa. ALLAH ada. DIA maha mengetahui. DIA ada perancangannya.

Aku anggap ini ujian kesabaran. Kalau kau bahagia apabila dapat menjatuhkan air muka aku dan orang lain. Buatlah. Kalau kau gembira bila dapat meraih sokongan dengan cara yang terhina. Lakukanlah. Aku juga gembira, apabila dapat meilhat kau gembira. Tetapi ingatlah, kata-kata yang bongkak, dan meninggi diri, tidak akan membawa kita kemana-mana. Orang-orang yang boleh berfikir menggunakan akal dan bukan emosi dapat menilai mana yang baik, mana yang tidak.
Aku redha walaupun terasa.

Sunday, October 3, 2010

Tak paham-paham

Aku sebenarnya tak paham, kenapa ada orang tak paham-paham, fesbuk itu umum.
UMUM.

Aku tahu kadangkala ianya dianggap peribadi. Hak masing-masing nak kata apa, nak tulis apa, nak letak gambar apa. Itu milik individu. Tetapi, bila apa yang kau letak, post, dan pelbagai lagi itu menjadi tatapan umum, benda-benda tu semua sudah tidak lagi bersifat peribadi. Semuanya menjadi UMUM. Orang lihat, ada yang akan komen, OK. Tetapi bila kau sendiri komen benda yang kau sendiri post, apakah maknanya itu? Tidak kah ianya kelihatan terlalu cliche? Kau sendiri boleh fikir, aku rasa.