Thursday, December 10, 2009

Rahsia

Baru-baru ni, seorang kawan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dikejutkan dengan pengakuan tragis suaminya. 2 hari selepas majlis akad nikah dan kenduri. Si suami membuka pekung mengatakan sebenarnya saya ada isteri di Tahiland dan ada 1 anak. Macam mana tu?
Kalau kau ditempat si isteri, what will be your reaction? Nangis? Repot kat Mak Ayah? Lari dari rumah? Mintak cerai? Bunuh laki tu? or just terima qada' dan qadar Allah?
Bila dia cerita kisahnya. Aku honestly tak tau nak cakap apa. Tengok dia menangis teresak-esak. Aku pun termenangis sama. Dia kata, dia tak dapat tengok pun muka suaminya. Rasa dikhianati. Kalau ikut logik akal fikiranku, aku akan kata, at least, dia bagi tahu. At least dia berterus terang, walaupun obviously dia dah terlambat. Entahla.
Nak bagi nasihat pun, aku takpandai. Bila aku cuba meletakkan diri aku ditempatnya, aku jadi takut. Sampai menggeletar tangan. Takut tak dapat nak menghadapi kenyataan. Takut iman tak sekuat mana. Kalau silap haribulan, baru seminggu kahwin, aku dah menjanda. Aish...
Aku doakan kawanku itu ada kekuatan untuk menghadapi dugaan yang datang. Kekuatan untuk menghadapi suaminya. Kekuatan untuk mempertahankan dirinya sendiri dan rumah tangga yang dibina. Walaupun aku dah menyampah bila terserempak dengan suaminya itu, aku tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka suami isteri. Semoga dia dapat membuat keputusan yang tepat. Amin...

Tuesday, December 1, 2009

Rumah Mak

I have to move out of the house. Rasa-rasanya. Sampai bila nak duduk bertafakur bawah ketiak Mak dan Abah kan?Tak seronok pula rasanya... Here I am, 26 years old working lady, still living under Mak Abah's roof. Bukannya aku tak malu. Malu beb. Mak Abah memangla tak cakap apa-apa. But aku malu sendiri. Lepas itu pulak, abang dan kakak dah mula bersuara. Memanglah, aku marah juga. Kenapa nak dengki kan? Kalau dengki, balikla dok sama-sama...Kita meriahkan rumah Mak dan Abah.
Move out means aku kena dok sorang-sorang. Tak mungkin. Aku ni jenis penakut sikit. Macam mana kalau rumah yang aku tinggal tu ada hantu? Macam mana kalau ada orang ganggu? Macam mana pula kalau aku tak boleh tidur sebab terlampau takut tingal sorang-sorang? Tak ke akan membawa masalah kepada diri sendiri nanti kan?
Jadi sebagai kesimpulannya aku membuat keputusan untuk mempertahankan kedudukan aku sendiri dalam rumah Mak Abah. Pedulik hapa aku dengan abang dan kakak...Ahak...
Kalaupun aku pindah dari umah Mak Abah, aku akan tetap usung kedua-duanya bersama. Lantakla apa orang nak kata.

Monday, November 16, 2009

Sibuk

Mak ai... Lamanya tak menulis, sibuk mengalahkan ADUN. Masalah bertimpa-timpa, kerja berlambak-lambak. Mak dah bising, dah remang senja baru nampak muka aku kat rumah. Maafkan cek Mak, kadang-kadangkala bukan sibuk kerja yang menyebabkan balik lambat, tetapi sibuk berdating. ahaks..

Memandangkan cuti aku ini tidaklah sama seperti cuti-cuti sekolah. Tak dapatlah aku bercuti-cuti Malaysia bersama kawan-kawan terchenta. Aku memang berasa teramatlah dengki kepada kawan-kawan yang bercuti panjang. Tak pa, yang penting, kemana jua korang beronggeng, janganlah dilupa souveniers kepada mereka-mereka yang sedang bekerja.

Kesibukan menyebabkan aku terlupa sekejap pada kawan-kawan rapat seperjuangan du uni dulu. Alih-alih ada dua lagi nak kahwin. Tahniah for fied and hani... Seronoknya venture to the unknown. Ku doakan kalian berbahagia..chewah...

My colleagues asked me, why I tak nak kahwin lagi, dan jawapan ku ialah, aku tak nak kahwin sebab lepas kahwin nanti, my boyfriend will surely tak sayang aku seperti masa berchenta lagi. The answer seems a bit silly, but they agreed with me. They said, after you got married, the husband will be husband, giving nafkah, kuat bekerja, taking care of your needs and wants, but the romance will not be there anymore. Tak seperti masa sebelum kahwin.
Is this true? I dont know.
Tak bestlah kalau betul. Aku tak nak kehilangan those constant messages of I love You, hot emails and love letters and most definitely all those lovely flowers he kept sending although I mentioned to him that it is a waste of money (walaupun aku memang bangga sangat-sangatlah dapat bunga-bunga tu semua). Tak nak lah hilang semua tu bila dah kahwin kan. Tak bestlah...

What do I have to do? The ring is already on my finger but the date has yet being confirmed. It's all because i'm too coward to be a wife (and also because I haven't finish my master degree). Nampaknya pakcik, you just have to wait a little bit lama, sampai aku tak cold feet lagi... Ahaks...

Sunday, September 13, 2009

persiapan raya

Lagi seminggu nak raya. Mak dah bising-bising. Aku belum sempat tolong dia mengemas rumah, buang sawang, pasang langsir, buat kuih tat nenas, muruku, akar seruntun, etc. Sampaikan pelita pun aku tak sempat nak pasang kali ini.

Kisahnya, sepanjang bulan ramadhan ini, aku terpaksa bekerja setiap hari jumaat. Tiada cuti hujung minggu. Setiap hari sabtu pula aku di uum. Setiap hari masa aku dihabiskan dengan bekerja dan membuat assignment. Nasib baik la aku belum kahwin, kalau tidak, mesti laki aku dah lari balik rumah Mak dia. Bini tak sempat nak mengemas. Bilik aku dah jadi sarang tikus. Harap katil ja yang berkemas. Baju-baju pun tak sempat nak dilipat. Semuanya aku sumbat masuk dalam bakul. Aish...

Aku dah kata pada Mak, tahun ini, kita order ja Indon datang bersihkan rumah. Tak perlu susah-susah lagi. But being the sceptical person, Mak refuse mentah-mentah. Katanya, anak-anak ada, buat apa nak panggil Indon pula. Adik dah tepuk dahi. Dia tahu, dialah yang bakal mencuci kipas, lampu, sawang-sawang di tempat yang tinggi, dan juga cermin tingkap yang paling atas. Al maklumlah, kakaknya ini 'vertically challenge'.

Kakak aku pula, dengan sesuka hatinya mengorder tat nenas. Aku dah kata aku tak mampu nak buat. Tak sempat. Dia cakap pula pada Mak. Mak dengan senang hatinya mengorder aku pula. Mahu tak mahu, perintah ibunda ni, kenalah turut. Kalau tidak nanti, dicopnya aku anak durhaka. Sapa nak bertanggungjawab tu? Jawabnya, sehari sebelum raya nanti, tak tidurlah aku. Ya. Kau boleh cari aku di dapur, di depan oven. Silap haribulan aku bawak tilam bantal aku, tidur aja depan oven tu. Bakar kuih sampai pagi. Aish...

Thursday, September 3, 2009

Rambut

Akhirnya, selepas lapan tahun, dia kini berambut pendek.
Tidak lagi kelihatan seperti kaki pukul atau geng pecah rumah.
Sekarang dia nampak bersih dan kemas.
Mengundang seribu kesyukuran di bulan yang mulia ini.

Aku ketawa gembira pada mulanya. Kemudian menangis, terharu dan kasihan padanya. Dia sayang rambutnya itu. Aku tahu. Tapi dek menurutkan kehendak abah dan mama, dipotongnya juga.
Aku? Aku sedikit pun tidak kisah kalau-kalau dia ingin berambut panjang lagi selepas ini. Nampak lain dari yang lain. Ahak...

Tuesday, September 1, 2009

HUKUM

Aku nak tanya, kalau ada seorang non-muslim (anak cina) ajak kita mengumpat, lepas tu, kita join sekali, adakah puasa kita akan terbatal?
Berkali-kali aku kata pada budak perempuan itu; "Saya puasa. Awak datang sini bercerita buruk pasal orang lain. Tak boleh."
Budak perempuan itu mati-mati tidak boleh menahan rasa hatinya. Masih juga nak bercerita. Tergamak dia kata padaku "Tapi Cik, kalau bulan tak puasa pun, tak boleh mengumpat kan?"

Tiba-tiba aku rasa macam nak terjun bangunan. Dah kalau kau tahu, kenapa masih cuba menguji kesabaran aku...Aish...

Anyway, mengumpat secara online boleh ke?

Sunday, August 30, 2009

Puasa 2

Ada orang tanya aku, siapa yang paling aku ingat ketika bulan puasa?
Aku tahu dia menunggu jawapan bahawasanya aku ini ingat kepada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya dsb.
Aku hanya diam. Tak mampu nak menjawab kerana sesungguhnya jiwa aku yang tak berapa siuman ini memang mempunyai sifat tidak sedar dek untung sedikit.
Orang yang paling aku ingat saat-saat berpuasa ini tentulah SB.

Kenangan bershopping di pasar ramadhan Taman U, berbuka bersama di kampus, hinggalah bersahur bersama di kedai mamak. Semuanya bukan mudah untuk dilupa. Dek kerana itulah, SB adalah orang yang paling aku ingat ketika ini.

SB juga beberapa kali menyambut raya bersama keluarga aku. Aku tidak sanggup meninggalkan dia keseorangan ketika hari raya. Walaupun obviously tindakan aku membawa pulang SB kerumah untuk beraya bersama tidak dipersetujui Mak dan Abah. Aku bawa juga dia pulang ketika raya, dengan alasan kasihan, dia akan beraya keseorangan. Ini kerana, SB yatim piatu, kakak-kakaknya sudah berkahwin. Sudah tentulah mereka ingin menyambut raya bersama keluarga mertua. Katanya dia rasa kekok berhari raya dengan keluarga mertua kakaknya.

Apa yang Mak dan Abah larang selama ini terbukti benar. Ketika memberi alasan untuk berpisah. SB mati-matian berkata Mak dan Abah akan mengawal hidupnya jika kami bersama. Sebab itu sekarang ini, aku percaya apa yang Mak dan Abah kata, mesti akan menjadi kenyataan satu hari nanti.
Whateverlah labu. Sejauhmanapun aku ingatkan SB, aku tahu, kami tidak mungkin akan bersama semula. Aku tahu semua yang terjadi dulu hanya kenangan kini. SB pun dengar-dengar khabarnya sudah mahu kahwin sama janda anak 3. Aku tahu dia sudah jumpa apa yang dia mahu.

Walaupun kadangkala aku doakan dia merana, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku doakan SB bahagia bersama teman barunya. Amin...

Friday, August 28, 2009

Puasa

Sepanjang 26 tahun hidup, macam-macam dugaan puasa aku dah rasa. Dari sibuk ulang alik masuk bilik air masa kecik-kecik, sampailah ke pengsan sebab dehydrated masa dah tua ni.
Aku seronok berpuasa. Kalau dulu, Abah akan bagi insentif sebab puasa penuh, sekarang, aku pulak kena bagi insentif kat Mak dan Abah sebab jaga makan minum aku sepanjang bulan puasa ini. Ya. Untuk pengetahuan kamu, aku tidak perlu memasak semasa bulan puasa baik untuk sahur mahupun berbuka. Aku ada Mak dan Abah (setelah menulis ini, aku semakin menyedari aku bukanlah seorang yang baik untuk dijadikan calon isteri).

Sekarang aku lihat anak-anak saudara ku berlumba-lumba puasa. Malu kalau tak cukup puasa. Paling menyedihkan melihat Syahmi yang kurus dan Syabil yang hensem 'terkelepek' kerana letih berpuasa. Walaupun begitu aku tetap juga kagum melihat keazaman mereka. Keazaman yang berpunca dari sogokan. Tak apalah kalau sogokan itu bersifat membina.

Semalam, aku lihat si Syabil tergolek-tergolek menekan perut, sebelah tangan lagi memegang bontot. Aku tanya jika dia ingin terberak. Ya lah, budak-budak ni, kadangkala dek kerana takutkan katak didalam jamban, sanggup menahan berak.
Dia hanya tergeleng-geleng.
"Abang sakit perut?" Aku cuba lagi
Sekali lagi dia hanya tergeleng-geleng sambil menekan perut dan bontot. Mukanya merah.
"Awat ni?" Aku cuba lagi.
"Abang nak terkentut." Jawabnya sambil terkial-kial lagi.
"Laaaa....dah tu, kentut la."
"Tak boleh. Chaq (Syahmi, abgnya) kata, kalau kentut batal puasa."
Aku tak terjawab kata-katanya seketika. Tak tahu samaada wajarkah aku ketawa atau sepatutnya aku bersimpati dan memarahi abangnya. Tapi tipulah kalau aku kata aku lansung tidak ketawa.
Setelah dijelaskan, barulah Syabil dapat kentut dengan tenangnya. Kasihan...Kecil-kecil lagi dah dipermainkan abang sendiri. Sanggup tidak kentut kerana tidak mahu terbatal puasa. Aku berdoa, sikap manisnya itu kekal sampai bila-bila.
(in pic: Syahmi and Syabil)

Thursday, August 20, 2009

courting

Walaupun dalam hati ada rasa ragu-ragu untuk bercinta semula, semuanya berubah bila keseronokan masa courting ini menyaingi rasa takut dan ragu-ragu.

Today, he called me, and sang this song, Jerat by Harvey Malaiholo.
Dan aku pun terapung ke alam fantasi. Haha... "heaven...i'm in heaven..."

Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana
Tiada ragu lagi
Tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki
Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kan mengoyak dinding keangkuhanmu
Kau ciptakan rindu
Kau buat hatiku
terjerat tali cinta
Resah..resah pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu
Mimpi..mimpi kan terasa oh sepi
Bila kau tiada tampakkan senyummu.

Monday, August 17, 2009

kisah adik


Ini adikku Satari. Tinggi dan kurus. Pada aku, dia sangatlah tidak hensem. Tetapi he has his own way of getting into girls' heart.
Aku menyampah sikit perangainya yang jenis kaki perempuan itu. Tapi apa nak buatkan. Adik sendiri, so, terimalah seadanya.

Disebabkan mulut manis adikku ini, satu pergaduhan telah tercetus antara 2 orang gadis hingga membawa kepada laporan polis.

Kisahnya, adikku ini membawa 2nd girlfriendnya; E** keluar for dinner dan terserempaklah pulak dengan 1st girlfriendnya; A**. Si A** tanpa berlengah dan tanpa banyak tanya terus membelasah E** menggunakan HELMET. Ganaskan budak perempuan zaman sekarang. Bertambah memalukan lagi, pergaduhan itu terjadi betul-betul di simpang lampu isyarat Yawata (orang Bandar Darulaman tahulah tempat ini), depan gerai char kuey teow yang memang sentiasa padat dengan orang.
Bertambah memalukan, si E** dibelasah hingga terjatuh kedalam longkang besar. Aku tak tahulah kemana hilangnya budi bahasa dan adab sopan budak perempuan zaman sekarang. The real culprit sebenarnya adik aku yang perasan bagus itu. Bukanlah si E**. Tetapi standardlah kan, girlfriend mana yang sanggup nak belasah boyfriendnya teruk-teruk walaupun adikku itu lebam juga belakangnya setelah dihempuk dengan helmet oleh si A**. Tabik la A**. You are not afraid of anything. I admire your courage; walaupun begitu aku rasa tindakannya itu agak keterlaluan.
Maruah dan harga diri juga perlu dijaga, walaupun kita tahu kita dianiaya. Tindakannya memukul E** mengundang padah kepada diri sendiri bila mana dia boleh dihukum atas alasan menyerang menggunakan senjata. As woman, kita tak perlu menggadai nama baik kita dengan menjadi samseng di tepi jalan, memukul orang dan menggunakan kekasaran. Kadangkala, kita boleh menang dengan hanya menggunakan perkataan dan kelembutan. Betul tak?
As for my little brother. Balik rumah aja, terus kena grounded. Padan muka.

Sunday, August 16, 2009

saman

Bulan 8 adalah bulan untuk merenew road tax dan insurans kereta. Aku bukan jenis manusia yang suka benda-benda teknikal ini. Jadi untuk memudahkan kerja, aku terus ke bank, bayar sejumlah wang yang agak besar, dan balik dengan hati yang tenang walaupun masih belum mendapat road tax baru.

Ketenangan aku tergugat apabila petang yang sama, bank called, dan suara abang ambank yang macho itu mengatakan:
"Maaf ya Cik, kami tak boleh proceed dengan roadtax cik ni. Kereta cik dah di black list". Tekojut den seketika. Bila masa pulak la aku penah mensain2 saman ni kan. Dan sepanjang pengetahuan aku lah, aku ini boleh dikategorikan sebagai pemandu yang sangat berhemah. Abang ambank yang bersuara macho itu menyambung lagi:
"Cik perlu ke balai trafik berdekatan untuk jelaskan saman, dan bawa resitnya ke bank ya." Jawapanku kepada abang bersuara macho, "OK."
Itu ja yang aku mampu cakap. Sedangkan masih banyak lagi yang aku boleh minta penjelasan dari abang bersuara macho. Dan disebabkan aku panik seketika, aku terlupa nak bertanya number fon abang macho itu buat bekal mengorat bila si rambut panjang is away. Aish...

Bagi mengikut arahan abang bersuara macho, aku pun tanpa berlengah pergi ke Balai Trafik Alor Star. Aku berhadapan dengan satu lagi kejutan bila kakak bermuka manis dan sangat friendly di balai trafik itu menghulurkan sekeping kertas sambil berkata "Adik ni tak ada black list dengan trafik." Statement itu sangat mengejutkan aku. Betambah mengejutkan bila melihat rupa-rupanya selama ini aku mempunyai 6 saman ekor. Semuanya kerana melanggar had laju. How can this be? Aku kan pemandu yang berhemah.
Dalam aku terpingga-pingga itu, seorang Sarjan bermuka garang menyarankan aku ke pejabat JPJ sambil memberi aku lecture mengenai pemanduan berhemah.

Rupa-rupanya kes black list itu datangnya dari JPJ dan bukannya dari pihak trafik. Itulah pertama kalinya aku disoal siasat. Sudah ada perintah ke mahkamah dikeluarkan dari pihak JPJ. Terpaksalah aku membayar saman sebanyak RM300. Nasib baiklah penyoal siasatnya seorang pegawai JPJ yang teramatlah comel. Walaupun setelah di lecture oleh abang JPJ supaya mematuhi isyarat lalu lintas, dengan rela hatinya aku membayar saman itu. Tanpa diskaun. Ini kerana peristiwa melanggar lampu merah di Alor Setar itu berlaku sehari sebelum Tahun Baru Cina. Tapi aku tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana segala surat saman dan perintah mahkamah dihantar ke alamat SB di KL. Alamat aku di JPJ masih lagi alamat SB. Itulah, masa becinta tak ingat dunia. Jiwa raga aku serah. Sekali dengan alamat kereta ini pun aku letakkan alamat si SB. Kononnya hidup mati bersama. Tapi tak sampai kemana. Aish...

Buat mereka-meraka yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah ini. Thank you. Abang ambank bersuara macho- tq for di info. Tanpa abang, saya tak tahu yang saya dah ada 6 saman trafik.
Kakak muka manis yang sangat friendly di balai trafik alor setar - tq for d info. nanti saya bayar lagi 6 saman tu, bila saya dah kaya.
Buat pakcik sarjan bermuka garang - saya pegang kata-kata pakcik, kalau kena saman ekor, tak payah bayar pun tak pe.. hehehe
Abang JPJ yang comel - saya ingat pesan abang tu... Ahak...
Buat kawan-kawan - Ingat. Jelaskan saman sebelum kena blacklist. I love you all.

Monday, August 10, 2009

2 minggu yang bosan

2 minggu ini, aku akan duduk saja di opis, goyang-goyang kaki, sambil berfacebook dan juga berblog hopping. Alkisahnya, pelajar-pelajar aku sudah cuti 2 minggu, tapi disebabkan aku telah cuti terlebih awal, makanya, bos tak bagi cuti 2 kali. Kau paham tak? Aku pun kompius sebenarnya ni. Tak apalah. Kesnya, 2 minggu ini, aku datang kerja jam 8. Duduk kat opis sampai beku, jam 4 baru boleh balik.
Aku sebenarnya teringin nak cabut balik awal setiap hari. Tapi rasa bersalah pula. Udahla datang kerja makan gaji buta 2 minggu, balik awal pula. Tak berkat la rezeki Chik bulan ni Mak.
Jadi untuk mengelakkan aku daripada balik awal. Aku bawak segala mak nenek assignment datang ke opis. Jadi penyalahgunaan harta opis la pulak. Belasah aja la kan. Dari duduk saja, tunggu membeku (opis aku sangatla sejuknya). Aku berjanji dan berazam pada diri sendiri. Aku akan cuba menyiapkan semua article review PM Mustaffa. Lepas ni, Pok Cik itu mesti bertambah tersangat sayang pada aku. Sebab aku menghabiskan assignment dia dengan lebih awal berbanding pakcik-pakcik lain dalam kuliah ku itu. Hahahahaha (Gelak takbur dan bongkak). Aku juga bercadang nak mengemas kubikel aku ini, mengemas almari besi, mengemaskinikan fail meja, dan juga mengacau kawan-kawan terutamanya K. Ita.
Banyak cita-cita aku 2 minggu ni, mana yang aku nak mula dulu ya? Tak apa. Lepas lunch jap lagi kita mula. Sekarang ni, kita bertenet dulu.
Entah kenapa, walaupun aku begitu optimis dengan perancangan 2 minggu ku itu. Aku rasa satu pun tak akan tercapai. Hahaha... Nak ambil cuti lah esok, boleh juga ku berdating dengan mamat rambut panjang itu sepanjang hari.

Tuesday, August 4, 2009

Minggu tidak ceria

Minggu ini, minggu yang tidak ceria.
Ramai pelajar-pelajarku yang mula sakit. Batuk. Selsema. Demam. Aku sudah tidak dapat membezakan mereka. Hampir kesemuanya memakai 'mask'.
Ada yang merungut, tidak selesa. Aku cuba yakinkan mereka. "Tak mengapa, anggap ini persediaan kamu untuk jadi doktor nanti". Aku tidak tahu sama ada mereka mencebik bibir atau tersenyum dengan jawapan ku itu.
Aku sentiasa berdoa semoga dijauhkan segala ancaman penyakit dari pelajar-pelajar ini. Kasihan mereka. Sekiranya keadaan pelajar-pelajar sakit ini berlanjutan, kami mungkin akan dikuarantin.
Memang seronok kalau tidak perlu memandu 30km setiap hari. Boleh berehat di rumah. Tapi apa gunanya jika jiwa diancam bahaya penyakit berjangkit itu.
Mangsa ke-8 H1N1, seorang guru. Panik seketika masyarakat di kampus ini. Guru juga tidak terlepas dari bahaya. Sesiapapun tidak terkecuali. Dengan keadaan sekarang ini, semua pihak perlu berhati-hati.
Sama-samalah menadah tangan, berdoa, dijauhkan petaka penyakit merbahaya dan sebarang bencana di seluruh Malaysia.

Tuesday, July 14, 2009

Mata kanan

Orang-orang lama kata, kalau mata sebelah kanan asyik terkenyit-kenyit, tandanya nak jumpa atau nak tengok orang jauh. Kalau mata sebelah kiri yang jadi begitu, tandanya nak menangis.

Dari bangun tidur tadi, mata sebelah kanan aku ni, asyik berdenyut-berdenyut. Hati pun berdebar-debar semacam aja. Nak tengok orang jauh kah aku? Tapi siapa?

Bila difikir-fikir balik, siapa orang jauh yang aku teringin sangat nak jumpa? Erm...
Aku sebenarnya teringin betul nak berjumpa sahabat-sahabat a.k.a 'my sisters' yang kebanyakannya dah bergelar 'puan' sekarang ini. Rindu betul pada Mak Tok, Gurl, Arf, Anis, Ayie, Aifaa, Ucu, Farah, Mek Yan, Haida, Wardah. Paling dirindui, Bieb.
Sudah berapa kenduri yang aku terlepas. Gamaknya, kalau aku kenduri selepas ni, mesti kawan-kawan aku ini takkan datang. Takut pula bila difikirkan.
Kawan-kawan, jangan dendam dengan aku ya. Bukan sengaja tak nak pergi kenduri, sama-sama meraikan hari baik kawan-kawan, tapi apa kan daya, aku jauh di Utara.

Ampunkan aku.

Monday, July 13, 2009

Rasa alien

"Anny, Ina rasa macam 'alien' la dalam class ni"
"Anny pun rasa macam tu"

Betul. Kami berdua umpama 'alien' dalam kuliah Quality in Education, Sabtu lalu. Hampir 90% warga kuliah itu berusia dalam lingkungan 40 ke 50 tahun. Pensyarahnya sudah 66 tahun. Masih lincah dan bertenaga. Bersemangat juga. Namun begitu, jenaka-jenakanya ada yang tidak dapat kami fahami. Bila semua orang ketawa, kami memandang sesama sendiri. Cuba menafsir apa yang berlaku. Aku pasti, bila berakhirnya semester ini nanti, aku akan semakin bijak menafsir dan memahami jenaka orang-orang lama.

Monday, July 6, 2009

Makhluk halus

Pernah tak kau rasa hilang semangat? tak bertenaga? Aku ya. Sekarang.
Aku rasa letih, tak bermaya. Mak dah pesan, jangan suka berjalan-jalan waktu senja.
Aku tak peduli, aku suka tengok matahari terbenam. Aku suka suasana rabun-rabun ayam bila senja.
Mak kata, waktu senja begitulah makhluk-makhluk halus dari alam ghaib a.k.a hantu suka berkeliaran.
Aku bukan tak percaya cakap Mak. Aku percaya. Cuma aku tak pernah jumpa dengan mata kepala aku sendiri. Kalau aku dah jumpa, mungkin aku akan menjadi lebih percaya.
Musim-musim sekarang ini, bukannya hantu-hantu yang berkeliaran waktu senja, sebaliknya makhluk-makhluk halus pembawa penyakit denggi dan chikungunya. Aku rasa lepas ini, aku kena periksa darah, dah seminggu demam tak kebah-kebah.
Berdoa sahajalah dijauhkan penyakit bawaan nyamuk waktu senja.
Terngiang-ngiang suara Mak di telinga, "Tu la, Mak dah kata, jangan jalan masa senja." Aish... Memang cakap Mak kita kena percaya.

Thursday, July 2, 2009

Anak saudara baru


Ini Muhammad Syahin Wafi. Anak Along. Baru 4 bulan. Dah pandai senyum depan kamera. Dah pandai ketawa mengekek. Dah boleh meniarap.
Bila aku bermain dengan Wafi, terdetik juga dalam hati ingin memiliki cahaya mata sendiri. Seronok sangat.
Masalahnya aku ni, kahwin pun belum. Aish... Lambat lagi la jawabnya.

Wednesday, July 1, 2009

Boring

Kehidupan aku sekarang ini sangatlah automatik.
Setiap hari bangun tidur jam 6.
Jam 7 aku sudah memanaskan enjin kereta.
Jam 7.45 aku di ofis.
Jam 1 aku di kedai Kak Nandong.
Jam 4 aku berdiri betul2 dihadapan mesin punchcard.
Jam 4.30 aku dirumah. Mak dan Abah pastinya sedang tidur ketika ini.
Jam 8 aku menonton berita dengan Abah sambil melipat kain.
Jam 8.30 aku makan malam dengan Mak dan Abah.
Jam 11 aku tidur.

Setiap hari begini. Aku rasa kehidupan aku sekarang tersangatlah tidak menarik. Rasa terlalu malas nak mengheret kaki setiap hari memandu ketempat kerja.
Rasa bosan mengikut laluan yang sama setiap hari. Makan ditempat yang sama setiap hari. Berjumpa orang-orang yang sama setiap hari. Aku rasakan diri aku sekarang ini seperti robot bernyawa.
Aku perlu melakukan sesuatu yang menarik. Tapi apa? Aish...

Sunday, June 28, 2009

Syurga pokok bunga


Seronok sangat bila dapat berada dalam rimbunan pepohon ros di taman ini. Aku selalu berangan untuk memiliki taman yang serupa di rumah satu hari nanti. Berangan. Tapi Mak kata tangan aku ni panas, tanam apa pun tak menjadi. Aish...

Thursday, June 25, 2009

Baju raya

Aku dah berkira-kira nak ajak Mak ke gedung kain di SP esok. Nak mencari kain untuk dibuat baju raya tahun ini. Aku tahu Mak akan menurut sahaja. Dia tak kisah mengikut aku kemana sahaja.

Aku suarakan plan menarik itu kepada Abah a.k.a Big Boss. Abah tidak kata ya, mahupun tidak. Sebaliknya aku diajukan satu pertanyaan;
"Puasa dah abih ganti? Rejab dah ni."

Aish... Macam tahu-tahu ja Abah aku ni. Malu. Malu.

Monday, June 15, 2009

Besday

Hari ni hari besday. Aku seronok sangat walaupun ini bermakna aku dah semakin tua.

Mak masak pulut kuning, gulai ayam dan bihun. Aku bawak ke ofis. Seronok tengok kawan-kawan makan. Dari pagi Mak masak. Tak terbalas kasih sayang Mak dari aku kecil sampai kini. Tiap-tiap kali besday, Mak mesti masak pulut kuning.

Kawan-kawan semua ucapkan selamat. Aku bertambah seronok.

Yang paling best, pernyataan dari KYong . "Umur Ina, KYong dah anak 3." Ahak... Kalau itu, aku memang kalah. Kalau aku start mengandung sekarang pun, sah-sah aku takkan dapat walau seorang anak pun dalam tahun ini.
Aish...

Thursday, June 11, 2009

Mak Cik

Aku rasa sungguh tidak lawa hari ini.

Kisahnya, pagi tadi sebelum ketempat kerja, aku singgah membeli breakfast dan surat khabar untuk mak dan abah. Sewaktu hendak membayar, aku ternampak seorang gadis kecil berumur dalam lingkungan 9 tahun sedang kelam kabut menyeluk poket seluar depan dan belakang. Aku syak, mesti duitnya dah jatuh dimana-mana. Kasihan. Apa lagi, aku yang cantik dan kaya ini segera menghulur bantuan. Aku bayarkan bersama harga nasi lemak gadis kecil itu.
Belum sempat aku masuk ke perut kereta, gadis kecil menarik lengan baju ku.

"Mak cik. Terima kasih tolong bayaq nasik chek."

MAK CIK!!! Aku yang berbaju batik dan tersangat muda dan cun ini, dipanggil makcik. Walaupun berapi dalam hati, aku hanya tersenyum kepadanya. Tiba-tiba aku terasa nak pergi tuntut kembali duit nasi lemak tadi. Takut buruk siku pula. Mesti gadis kecil itu akan cop aku
"MAk Cik Yang Buruk Siku".
Aish...

Sunday, June 7, 2009

termalu

Semalam, aku terserempak dengan sepasang pelajarku di bandar Alor Setar. Berjalan berpimpin tangan, berpeluk pinggang. Sebelum ini, aku pernah terserempak dengan mereka di kolej. Baru kini ku tahu, serius rupanya budak-budak ini bercinta. Mula-mula bukan main sakan lagi bergelak ketawa, bertepuk tampar, bila ternampak aja aku di belakang mereka, terus si gadis melepaskan tangan boyfriendnya. Aish... takut kat teacher atau takut kat Tuhan? I asked them. Sambil berjalan of course, and without stopping. Dua-dua tersipu- sipu malu. Saying sorry berkali-kali. Kesian.

Hakikatnya, aku tak berniat pun nak menyapa mereka, jauh sekali nak menegur atau menyergah. Aku rasa mereka dah cukup umur untuk memahami yang mana betul dan yang mana salah. There's no point of saying sorry to me. Bukannya mereka ada buat apa-apa salah pada aku pun. I'm not a saint either. Mereka yang termalu sendiri.

Dalam hati, aku bersyukur kerana these students masih ada rasa malu dan hormat aku sebagai teacher mereka. Nasib baik mereka tak nampak aku dengan one of my boyfriends. Kalau tidak, barulah boleh dikata, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. ahak...

Thursday, June 4, 2009

kesian

Pagi yang berbahagia, aku telah terlanggar seekor kucing berhampiran pekan Napoh di Lebuh Raya Utara Selatan. Kesian kucing tu. Sampai sekarang, aku masih rasa bersalah.

Tuesday, June 2, 2009

rindu


hari ini,
aku rindu pada awan,
pada ombak,
pada mentari senja itu.

Sunday, May 31, 2009

Kenduri

Bermulanya cuti sekolah, bermakna bermulalah musim kenduri kahwin. Sepanjang musim cuti ini, aku ada 11 jemputan kenduri. Jemputan dari rakan-rakan sekampung, rakan-rakan sekolah dan juga tak terkecuali my beautiful sisters from uni years; my best buddies.

Teringin betul rasa hati ni nak melihat semua kawan-kawan bersanding. Kalau boleh, aku tak nak terkecuali menghadiri kenduri sesiapa pun. Aku tak nak terkecuali meraikan kawan-kawan. Masalahnya, cutiku ini tak sama dengan cuti sekolah. Bertambah menyedihkan, cuti tahunanku cuma 7 hari. Cuti-cuti itu aku simpan untuk masa-masa kecemasan yang membabitkan Mak dan Abah.

Untuk Juo dan Farah; Insyaallah, ada rezeki, ada masa, masa korang bersalin anak sulong nanti, aku sampai.
Untuk rakan-rakan yang dekat, walaupun terlewat, Insyaallah, aku akan cuba hadir.

Wednesday, May 27, 2009

Mimpi

Jam 3 pagi. Aku bermimpi, aku kehilangan orang yang paling aku sayang, dunia dan akhirat. Bila terjaga, bantal aku dibasahi air mata. Aku rasa lelah. Pipiku basah. Mataku bengkak. Tangisan dalam mimpi ku, terbawa-bawa ke alam nyata.
Aku bangun, usung bantal dan selimut, aku menyelinap ke bilik Mak. Bunyi nafas Mak membuat hatiku kembali lega. Aku peluk Mak. Erat. Tak dapat aku bayangkan kalau apa yang aku mimpi benar-benar terjadi.

Jam 6.15 pagi. "Rambut busuk, dok mai sondol-sondol dekat kita pulak dah. Tangan dia saja dah sepuloh kilo. Putus nyawa Mak macam ni!"

Aku tergelak bila terjaga dengan diiringi suara Mak sedang marah-marah.
Walaupun Mak selalu marah-marah. Aku tetap sayang Mak. Dunia dan akhirat. Sumpah.

Thursday, May 21, 2009

Fed-up

Ada ketikanya aku rasa ingin menangis,
ingin menjerit,
memberitahu seluruh dunia supaya tinggalkan aku sendiri.
Matikan telefon.
Matikan fikiran.
Matikan hati.
Aku fed-up.

Tuesday, May 19, 2009

marah tapi comel 2

Hari ini, tahap kesabaranku sudah sampai ke penghujung. Aku sudah bosan diperkotak katikkan. Aku sudah bosan di perli-perli. Aku sudah bosan di umpat-umpat. Aku nekad. Aku akan berdepan dengannya dan meluahkan rasa ketidakpuasan hatiku. Jaga kau minah, aku cili-cili mulut kau nanti. Kataku dalam hati.
Selesai kelas pagi, aku terserempak dengannya di ofis, dengan muka yang macam celaka, boleh pula dia berkata, "Lawa baju kak chik ari ni." Dengan rasa rendah dirinya, aku kata, terima kasih. Hilang semua rasa marah-marah tadi. Hilang api dalam hati. Cilakak, orang baru puji baju, aku dah cair. Nampak sangat tak ada jati diri. Aish....

Monday, May 18, 2009

marah tapi comel

Aku bukan jenis yang mudah tidak sukakan orang. Aku mudah mesra, dan baik hati. Chewahh... Tetapi ada seorang hamba Allah yang suka menguji kesabaran aku. Aku betul-betul tak pahamlah. Mungkin dia ada 'bet' dengan sapa-sapa kot. Kalau dia berjaya buat aku mengamuk, dia menang. Setakat ini, kesabaran aku masih dapat di kawal. Aku tidak mahu dia menang. Kalau dia menang juga, bermakna, kereta buruknya telah berjaya ku bakar jadi abu.
Tapi perlu diingat, walaupun aku dalam berkeadaan marah, aku tetap comel. Aish...

Wednesday, May 13, 2009

Macam Baik

Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2009/2010. Pekan Changlun yang biasanya sunyi sepi, sesak. 2008 orang pelajar, hampir 2000 buah kereta juga yang membanjiri kawasan kolej yang sememangnya sempit. Pelbagai karenah pelajar dan ibu bapa. Sampai tak terlayan. Pelajar-pelajar nampak 'macam baik'. Seperti biasa, setiap kali MPPB, aku hanya menadah tangan dan berdoa, pelajar-pelajar ini akan kekalkan perangai 'baik' mereka sepanjang tahun pengajian. Berdoa tak ada masalah tahun ini. Berdoa semoga aku dapat jalankan tugas dengan baik.

Monday, May 11, 2009

Tanah untuk dijual

Aku bukan ingin jadi broker. Tidak. Tapi hanya membantu ibu saudara di Langkawi. Kalau-kalau ada antara kawan-kawan yang teringin nak memiliki tanah di Langkawi, ibu saudara ingin menjual tanahnya:
Luas tanah: 1 relong
Ciri-ciri : Betul-betul tepi simpang jalan besar Air Hangat dan Durian Perangin (tanah tepi
jalan)
Ada 1 buah rumah + 1 buah rumah kedai
Harga : RM 1 Mil ++ (Masih boleh dirunding; harga yang dinilai jauh lebih tinggi; kalau harga
dengan broker akan jadi berganda-ganda)

Kalau aku ada 1 mil, memang aku beli. Tanah berada di kedudukan yang sangat strategik, tepi jalan nak ke Kuah.
Kalau berminat, boleh runding.

Wednesday, April 15, 2009

Kedekut

Aku suka menganggap diri aku ni seorang yang sangat berhemah dan praktikal.
Yes, I know now, I've been living in denial.
Aku sedar hakikatnya, aku seorang yang kedekut dan dari sumber-sumber yang jujur lagi mulia, aku juga seorang yang 'very difficult to deal with'.
Setelah acuan minda aku ini dibasuh sedikit demi sedikit oleh K.Y. Aku mula sedar diri. Ya tuan-tuan dan puan-puan. Aku telah sedar diri.
Tapi kesedaran itu masih belum cukup untuk menjadikan aku seorang yang berhemah dan pemurah.
Jadi kau tak perlula mimpi nak cuba-cuba bodek duit aku dengan ayat-ayat cinta kau tu. Kerana aku belajar, kadangkala kita boleh menyelamatkan diri dengan menjadi seorang yang kedekut.
Al-kisahnya, hamba Allah yang seorang ini keraplah menghantar sms berbaur ayat-ayat mengambil berat dan menusuk kalbu kepada aku. What you expected me to say? Of course la aku layan. But not as badly as to show that i'm a desperate woman. No. Of course not. I still have my pride and honor. Chewah...
Setelah beberapa minggu, ayat-ayat mengambil berat dan menusuk kalbu itu bertukar menjadi ayat-ayat kesian terhadap dirinya sendiri.
Segala masalah kereta rosak la, bayar saman la, waran tangkap la, patah kaki lah, tak ada duit lah, gaji kena gantung dan sebagainya mula menghiasi kaca telefon ku. Dan sebagaimana yang kau tahu, aku kan seorang yang tidak berhemah, aku tidak menawarkan sebarang bentuk bantuan dari segi lahiriah ataupun rohani kepadanya. Iyalah, kalau kau tahu kau tak ada duit, apa perlunya kau settle semua saman, settle yang ada waran tangkap sudahlah.
Akhirnya, akibat terlalu terdesak mungkin, dia mula bercerita bagaimana dia harus menjual telefonnya dan mungkin tidak dapat menelefonku lagi. (Boleh pula dia bersms dan call walaupun dah tak ada duit nak makan)
Jawapanku: OK. Buatlah apa yang patut.
Dia memancing lagi: Boleh tak you bank in duit kat I?
Jawapanku; seperti yang kau tahu, aku kan manusia yang kedekut.
Pengajarannya disini, untuk lelaki-lelaki;
Yes. Seorang wanita can easily be 'cair' with flirtatious words, and probably can give away anything for the man she loves. Tapi bukan semua wanita begitu. My friends will definitely agree with me.


Tuesday, April 14, 2009

Cikgu 2

Kali pertama aku berdepan dengannya setelah 13 tahun terpisah. Dia melangkah keluar dari keretanya bersama kepulan asap tebal. Aku terbayang 'smoke effect' yang digunakan ketika perasmian arkib di kolej tempohari. Sangat dramatik. Rupa-rupanya cikgu ku ini perokok tegar. Langkahnya, hadirnya, sentiasa diiringi kepulan-kepulan putih. Asap dari Gudang Garam atau Dunhill nya. Tapi satu yang pasti, dia masih tampan seperti dulu. Aish...

Sunday, April 12, 2009

Kebenaran terbongkar jua...

Minggu lepas, minggu air mata. Pertemuan dengan Kak Sa, kakak SB di pagi ahad yang cerah lagi ceria itu berjaya merosakkan mood aku sepanjang minggu.
Aku sebenarnya malas nak membuka cerita lama pada kak sa dan menganggap apa yang berlaku antara aku dan SB cuma satu kes mudah 'tak ada jodoh'. Tapi setelah sesi bertangisan dengan kak sa, mulut aku yang memang tak berinsuran ini, dengan mudah mengadu perihal adiknya yang tidak berapa sedarkan diri itu.
Aku agak bersyukur ditemukan dengan kak sa. Sekurang-kurangnya aku tahu, SB dah memberi informasi palsu kepada kakaknya. Mungkin semua ni petunjuk ALLAH SWT.
Aku mengambil iktibar dari pertemuan ini. Sepandai mana pun kita cuba menyembunyikan kebenaran, akhirnya, yang benar, tetap benar.

Tuesday, March 24, 2009

Cikgu

13 tahun berpisah, akhirnya, hari ini aku beranikan diri, telefon ke sekolah rendahku dulu, dan bertanya. Dalam masa satu jam setelah aku tinggalkan nombor telefon ku pada akak kerani yang sangat peramah itu, dia menelefonku kembali.
Cikgu H. First love aku semasa di sekolah rendah. Aku ingatkan dia sudah lupakan aku. Setelah 13 tahun, soalan pertama yang ditanya pada aku; "pipi masih tembam macam dulu kah?" kemudian, "Hidung masih berpeluh?" Ternyata dia tidak lupa. Ya. Aku memang tembam, dan satu ketika dulu, aku memang ada masalah berpeluh atas batang hidung. Aish... Malu betul.

Thursday, March 19, 2009

macam students

Sudah beberapa kali aku mendengar kata-kata itu. Setiap kali juga aku akan tersenyum gembira.
Kelmarin K.E kata pada aku, "Ah Hai cakap dia suka tengok muka you. First time nampak you, dia ingat you student." Apa lagi, semakin kembang lah aku ni. Rasa berbunga saja dalam hati.

Sir Z cakap pada aku dan Anny:
"You guys should dress up like them." sambil memuncungkan mulut kearah 2 orang pensyarah UiTM (rakan sekelas pada setiap hari sabtu) yang berjalan dihadapan kami dengan sangat bergaya.
Aku pandang Anny, Anny pandang aku sambil menggeleng kepala. Memang kami berdua tak nampak macam cikgu. Sebaliknya macam student first degree. Tak nampak mcm student Master. Sir Z, bekas guruku semasa di tingkatan 3 SMK Jitra (sekarang menjadi rakan sekelas aku dan Anny) selalu mengkritik aku dan Anny. Katanya kami masih macam budak-budak. Sedangkan Anny dah punya sorang anak.

Aku tak nafikan cara ku berpakaian nampak macam pelajar-pelajar aku sendiri. Aku tidak pakai kasut tinggi (disebabkan kes patah kaki bulan 6 tahun lepas), aku tidak pakai barang kemas, aku tidak pakai baju berkilat-kilat dan aku juga tidak bersolek. Yang membezakan aku dengan pelajar-pelajar aku, aku membawa beg tangan, itu sahaja.
Kerap kali aku dilanggar oleh pelajar-pelajar ketika berjalan melalui dewan kuliah yang sentiasa sesak. Aku bukan tidak mahu bersiap-siap, bersolek, bercantik-cantik. Aku mahu. Cuma aku tidak pandai. Dah beratus kali Angah ajar aku pakai maskara. Beratus kali juga aku hampir terbuta sebab terjolok berus maskara itu.

Kalau dulu aku bengang juga kalau orang kata aku kelihatan macam budak-budak. Sekarang, aku sudah tidak ralat lagi. Apa salahnya kelihatan macam pelajar. Nampak muda belia. Ahaks...

Monday, March 16, 2009

kurang wajar

Mak dah dua tiga kali bising. Aku diamkan juga.
Abah dah mengaruk kata aku kurang wajar. Aku diamkan juga.
Along, Angah, Adik ku yang bermulut besar itu pun berkali-kali nasihatkan aku. Aku diamkan juga. Kisahnya, aku ingin tukar kereta yang baru setahun jagung aku guna.
Sebabnya; very simple. Katak kembung itu sentiasa mengingatkan aku pada SB.
Semua orang tahu, aku beli katak kembung itu di Kota, dengan SB.
Aku rasa tindakan aku kali ini agak wajar. Selain dari aku dapat melaram kereta baru dan melupakan segala kenangan, aku dapat menyelamatkan katak kembung itu dari nyaris-nyaris disimbah petrol oleh diriku sendiri.

Sunday, March 8, 2009

PPSMI

Terkejut juga menonton berita semalam dan membaca blog Encik Naga pagi ini.
Di Kedah ni sunyi. Kalau tak ada TV, tak ada internet, aku mungkin tidak tahu pun apa yang berlaku semalam.
Isu PPSMI ini isu lama yang belum ada penyudahnya. Walaupun aku salah seorang pendidik yang mendidik anak-anak menggunakan bahasa kedua, aku tidak bersetuju perlaksanaannya dalam PPSMI. Aku faham, niat kementerian mungkin untuk memudahkan pelajar-pelajar dimasa hadapan kerana kebanyakkan bahan rujukan di universiti adalah dalam bahasa kedua ini.
Tetapi, tidak terfikirkah mereka, pelajar-pelajar ini mungkin tersungkur separuh jalan semasa di sekolah lagi. Apa yang cuba dibuktikan dengan pelaksaan PPSMI?
Anak saudara ku, si Syahmi, bijak Matematik. Tetapi bila disuruh menjawab soalan berbentuk 'problem solving', terbukti dia bermasalah. Masalahnya bukan pada konsep, masalahnya pada bahasa.
Bagi pelajar bandar, dimana bahasa kedua ini makanan harian, mungkin tiada masalah. Tetapi bagi pelajar kampung, kau fikirkanlah sendiri.
Apa yang kita cuba buktikan dengan PPSMI?
Are we trying to improve the language? or are we trying to improve the concept of sciences and mathematics?
Apa-apa pun, bagi aku yang berada di pekan Changlun yang sunyi ini. Aku hanya mampu tunggu, lihat dan berdoa, ada perubahannya satu hari nanti.

Wednesday, March 4, 2009

perang

Hari ini, dengan rasminya aku isytihar perang.
Bukan dengan Israel. Bukan.
Tetapi dengan kucing puaka di Laman Santai.
Aku dah bersedia, petang ini, aku akan bertindak sendiri.
Sudah lama aku geram dengan kucing pencuri lauk itu. Tapi hari ini baru muktamad kemuncak rasa geram aku. Tanpa segan silu, kucing puaka yang suka menggesel di kaki perempuan tu dengan segala hormatnya memancut kencing di kaki aku.
Ya tuan-tuan dan puan-puan, I've been marked by that kucing puaka.
Disebabkan tindakan melulu kucing terbabit, tanpa rasa berdosa, petang ini, kucing itu bakal dipindahkan ke market Changlun. Sekian.

Sunday, March 1, 2009

nini pergi sekolah

Automaticity

Ini bukan kisah Nilai 3. Bukan.
Minggu sudah, aku melawat si kecil Nini di KL. Atas permintaannya, hari cuti ku terpaksa dihabiskan dengan menghantarnya ke tadika dan mengambilnya pulang.
Aku sedikit pun tidak menyesal malah sebaliknya aku sangat gembira dan teruja.

Hari pertama, ibunya (kakakku) ikut bersama.

Hari kedua, aku menghantarnya sendiri.

Berikut adalah perbualan Nini dan kawan-kawan yang tidak ku pasti namanya:

Kawan Nini A : Nini. Good Morning. Is this your new maid? (Sambil menyentuh tangan aku)
Nini : This is my aunt. my Mak Cik. (Sambil menunjukkan kearah aku dengan menggunakan ibu jari. Ya. Dia memang sopan)
Kawan Nini A : Wah. No wonder. Very nice. Very nice. (Memegang tanganku dengan erat. Kau perlu ingat. Inilah pertama kali aku bertemu si cilik ini)
Nini : Thank you. (malu-malu sedikit)
Kawan Nini B : She's a bit fat, but very nice looking lady. (Sambil berpeluk tubuh dan memandangku atas bawah)
Kawan Nini C : Yeah. I think arr...She should use that machine. My mama used that machine.
Kawan Nini B : What machine?
Kawan Nini C : That machine lorh.. Macam ni goyang. (Sambil menunjukkan aksi menggoyang pinggul)
Kawan Nini B : Dok pehe.
Kawan Nini C : Can't understand? aiya..You arrr... Very stupid.

Percaya atau tidak, perbualan ini dituturkan oleh kanak-kanak berusia 5 tahun. Dan kesemuanya Melayu.
Aku sebenarnya agak kagum dengan corak perbualan mereka.
Kanak-kanak berupaya menyatakan perasaan tanpa berselindung. Pendapat mereka diketengahkan tanpa rasa malu atau takut. Mereka berjaya menilai aku yang sememangnya agak berisi ini, malah memberi cadangan apa yang harus aku lakukan untuk mengurangkan berat. Mereka menilai sesama sendiri dan tidak malu-malu menunjukkan perasaan kasih sayang.
Dalam diam-diam, aku berharap, aku mempunyai kekuatan mental seperti kanak-kanak. Tidak perlulah aku menyimpan, memandam perasaan. Aku boleh sebarkan pendapatku dimana-mana tanpa perlu risau ditangkap dan disumbat ke penjara.
Kalaulah aku boleh jadi kanak-kanak.
Tapi kanak-kanak tak boleh drive kan?
Aish...

Wednesday, February 25, 2009

MELAKA

Bagi aku, Melaka sama sukarnya dengan Penang.
Sekali keluar dari hotel, aku akan menghadapi masalah yang besar mencari jalan pulang.
Bagi aku, Melaka hanya untuk orang Melaka. Kalau kau bukan orang Melaka, yang tahu jalan-jalan di Melaka, kau pasti sesat. Pasti.

3 hari di Melaka, puas juga aku berjalan-jalan dalam masa yang sangat singkat.

Melaka sama menariknya dengan Penang. Deretan kedai-kedai lama, antik, akan membuai rasa, membuat kau rasa usang. Membuat kau rasa 'cultured'. Rasa terbudaya. Rasa gembira.

Aku sesekali tidak galakkan kau menyelusuri Sungai Melaka, menaiki 'Malacca Cruise'. Jangan membazir. Kerana apa yang kau akan lihat, hanyalah bontot-bontot kedai yang dicat semula, serta biawak-biawak yang diberi nama.

If people asked me how's Malacca?
Jawapan aku pasti: It's a great place to know your history and culture. It's a great place for shopping too! (especially for antique).
Aku akan kembali semula.
Pasti.

Tuesday, February 24, 2009

Menteri

Satu hari, Mak gaduh sama Abah.
Mak kata, Abah patut jadi calon Menteri.
Abah kata, Mak suka perli-perli.

Aku tak nafikan sifat Mak yang amat ketara itu. Mak memang suka perli-perli (ampunkan Cek Mak)
Setelah aku selidik dan siasat, rupa-rupanya perbalahan itu hanya disebabkan satu benda yang amat kecil. Ibu dan anak-anak kucing yang menginap tanpa membayar sebarang sewa di dalam stor Mak.

Mak dah suruh abah buang anak-anak kucing, tinggalkan ibunya, manala tahu berguna.
Abah kata, kita patut buang ibu kucing tu dulu.

Nampaknya, rancangan Mak 'backfired' dirinya sendiri, si ibu kucing hitam itu, telah dengan jayanya merampas kembali bilik stor tersebut dan membawa bersama anak-anaknya yang malang.

Saturday, February 14, 2009

Haru

Kelmarin, hampir separuh kampung aku haru biru. Anak Pak Mat rumah tengah bendang itu kerasukan. Dari rumah Lebai Talib, sampai ke rumah Anuwar Sekupang, semuanya bercakap perihal anak dara Pak Mat itu.

Menjelang tengah malam, hampir seluruh kampung tahu. Terima kasih kepada adikku yang bijaksana itu. Mulutnya yang dibawa kemana sahaja itu terbukti tidak boleh ditutup-tutup lagi apabila ianya melibatkan gosip setempat. Memang semua orang kampung mengakui cerita-cerita yang didengar datangnya dari mulut adikku itu. Tidak seperti yang kau anggap, adikku bukanlah sejenis sejantina denganku. Adikku lelaki.
Ya tuan-tuan dan puan-puan, lelaki.
Jangan ingat perempuan sahaja yang tahu membawa mulut. Lelaki kadangkala boleh bersifat lebih daripada itu.

Berbalik kepada kisah anak dara Pak Mat, setelah ceritanya kerasukan itu dijaja ke seluruh kampung, maka ramailah orang kampung berkumpul di rumah Pak Mat. Menjadi satu masalah pula kepada keluarga itu. Kasihan pula aku dengan bini Pak Mat (Aku 'honestly' tak tahu namanya).

Setelah beberapa orang bomoh dijemput, keadaan anak dara Pak Mat masih tidak berubah. Kasihan dia, asyik berendam air mata dalam bilik.

Aku dan Mak melawatnya sesudah subuh. Bini Pak Mat (yang masih tidak aku tahu namanya) sudah kelihatan seperti 'zombie'. Mak dekat dengan bini Pak Mat perlahan-lahan, sambil berbisik, "Dah berapa bulan dah?"
Bini Pak Mat dengan lemah longlainya mengangkat 2 jari kepada Mak.

"Dah jumpa?"
"Dak lagi. Pasai tu la dok teriak tak sudah tu. Tak larat dah la. Pak dia tak tau lagi."

Aku makin hilang punca mendengar perbualan Mak dan Bini Pak Mat yang tidak ku tahu namanya itu.

"Tak pa aih. Dah jumpa, toksah dok tahan-tahan dah la. Bagi menikah teruih." Kata Mak
Bini Pak Mat hanya tunduk.

Barulah aku faham kini, Mak tahu satu rahsia yang lebih besar. Tapi di diamkan sahaja. Mulut Mak tak sebesar mulut adik. Kalaulah adik tahu kisah anak dara Pak Mat itu, satu Kedah gamaknya tahu.
Aish...

Thursday, February 12, 2009

HILANG

Sekarang berita orang hilang sudah jadi perkara biasa. Abah hari-hari bercakap cerita orang hilang. Aku sudah naik jemu.
Di pejabat aku pun orang hilang juga.
Tidak. Aku tidak bekerja di pejabat yang besar di tengah kota itu. Pejabat aku pejabat kecil sahaja. Nun di hujung dunia. Aku kurang ambil peduli sebenarnya. Tapi hilang tetap hilang.
Tapi aku tidak hilang. Aku sentiasa di tempat aku. Percayalah.

Wednesday, February 11, 2009

Mandi Bunga

Mak ajak aku berkereta pagi itu. Aku seperti biasa, tanpa banyak tanya, menurut saja.
Mak bawa plastik penuh bunga-bunga.
Bawa selabu air.
Bawa kain.
Macam nak pegi kubur aja mak ni. Aku tak tanya. Ikut saja arahan mak.

Punyala jauh. Setelah disuruh kekiri, kekanan, ketengah, ketepi, akhirnya baru sampai ke destinasi. Aku dah mula 'gabra'. Lain macam aja rumah itu. Betul-betul macam rumah dalam drama 'Pondok Buruk di Tengah Sawah' tu. Mak bagi salam. Aku menyahut. Mak ketuk kepala aku dengan kain (saja nak buat lawak bodoh dengan mak).

Tuan punya rumah seorang mak cik tua yang agak serabai. Kalau kau pandang dia dua tiga kali, wajahnya ada iras-iras dengan Bok Miah, bomoh wanita yang insaf dalam drama Niyang Rapik tu. Aku sedaya upaya cuba mengelak dari terlibat dalam perbualan Mak dan Bok Miah klon itu.

"Hang pi tukaq pakai kain ni. Kemban. Buang kesemua. Tok sah dok pakai dalam-dalam semua" Bok Miah klon memberi arahan.
Biar betul ni, kenapa pulak aku yang nak kena berkemban.

"Awat cek pulak? Pasaipa Mak tak bekemban? Tak mau la."

Sekali lagi Mak ketuk kepala aku. Kali ini dengan kacip pinang Bok Miah klon.

Mahu tak mahu, terpaksa lah aku menurut kehendak Mak. Aku dibawa kebelakang rumah Bok Miah klon. Ada tempat mandi dengan guri air. Dalam guri dipenuhi bunga-bunga yang Mak bawa tadi. Betul-betul macam zaman dulu-dulu. Kalau kau tak tengok sendiri, mungkin kau tak akan percaya.

"Cek mandi sendiri la Tok, cek seganla" (segan = malu)

Bok Miah klon berkeras, nak jugak-jugak siramkan aku. Sebagai tidak mahu menghampakan niatnya yang suci murni, aku relakan saja. (Ingat senang ke nak dapat orang siramkan kita)
Aku disiram diiringi doa dan jampi serapah Bok Miah klon. Tiba-tiba aku terasa macam berada dalam filem seram.

Selesai mandi, ada pantangnya lagi. Bok Miah klon tak benarkan aku mengelap badan. Aku kena duduk atas tangga dapur rumahnya sampai kain aku kering. Mujurlah rumahnya di hujung bendang. Dengan angin timur yang panas, matahari yang semakin meninggi, cepatla kain aku kering. Kain yang mula terbuai-buai angin membuatkan aku terasa sangat seksi. Cepat-cepat aku naik ke rumah.

Mak suruh aku pakai baju semula.

"Eh. Tak cucuk-cucuk dulu ka?" Aku
"Cucuk apa pulak?" Mak
"Susuk?" Aku
Mak ketuk kepala aku dengan kacip pinang Bok Miah klon.
Bok Miah klon terkekeh-kekeh ketawa.

Rupa-rupanya ritual mandi bunga tu untuk menaik seri dan membuang sial. Kata Mak. Aku ingatkan untuk pakai susuk. Kata Mak, sejak aku putus dengan si SB, dia tengok aku tak ceria. Itu salah satu cara nak ceriakan aku agaknya. Aish... Aku akan lebih ceria kalau mak bagi duit untuk tukar rim kereta.

Yang pastinya, memang seronok mandi bunga, bukan semua ada pengalaman sebegitu. Yang tak seronoknya, aku tak rasa berseri pun. Aish...

Thursday, February 5, 2009

BODOH

"Kau memang bodoh Mas." Dia
"Aku?Bodoh?"Aku
"Ya. Kau. Kau memang bodoh." Dia
"Iya. Aku memang bodoh kerana jatuh cinta dengan mu Zek." Aku

Lalu Zek memelukku yang basah dalam tangis sendu. Dan kami berhujan bersama.

Adegan ini berlaku dalam mimpi siangku di ofis. Maafkan aku Bos.

Dan Zek, Zek bukanlah SB. Zek ialah Zek.

Mak

Mak aku memang cekap.
Baru tiga hari sudah aku tamat dengan SB. Dia dah sibuk menengok 'the most eligible bachelor' untuk anak daranya yang tak berapa tua ni.
Tak ingatkah dia anaknya ini bagai nak gila menangis di ribaan. Bersumpah dalam tangisan tak mahu bercinta lagi (Chewaah...)

Aku faham perasaan mak. Mungkin dia kesian tengok aku berseorangan. Atau mungkin juga dia kesian pada dirinya sendiri bila orang kampung sibuk bertanya atau memberi pernyataan tak masuk akal seperti:

"Tak teringin nak kawin ka Kak Chik tu?";
"Tak baik simpan anak dara lama-lama dalam rumah cik Nilam"; atau,
"Kak Chik tu, lama-lama reput dalam kain saja la"
Tengok betapa 'laser' nya makcik-makcik kampung aku. Selain dari suka membanding-bandingkan anak-anak jiran, mereka juga mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Bukan senang nak memerah otak, mengutuk anak orang secara 'direct' ke muka maknya.

Aku faham perasaan mak. Sebagai langkah mudah, aku relakan dulu pencarian jejaka bertuahnya. Kita tengok siapa yang kena.
Aish...

Tuesday, February 3, 2009

KOSONG

Hari ini aku rasa kosong. Dunia rasa gelap. Rasa sayu. Rasa hiba. Rasa nak termuntah. Loya. Pening. (Bukan seperti yang kau sangka)

Hari ini aku dapat sms. "Jangan ganggu saya lagi, saya dah berpunya..."

Bila aku ulang baca, badan aku rasa kebas, aku rasa nak termuntah, rasa loya, rasa pening, rasa hiba. Aku rasa begitu 'insecure'. Rasa tertipu. Rasa bangang. Rasa sangat tidak cantik.

7 tahun punya cinta, tamat.

Mak kata, "Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor."
Betul. Tapi aku ni kan bunga, mana boleh jalan-jalan cari kumbang. Aku tak ada kaki, tak ada sayap.


Bila aku fikir-fikir, rasa bodoh pulak. 7 tahun pembaziran. Kalau kahwin, sah-sah anak aku dah nak masuk sekolah. Aish...

Tipulah kalau aku kata aku tak meraung kat riba mak.
Tipulah kalau aku kata aku boleh hadapi dengan tenang.
Tipulah kalau aku kata aku tak keronyok semua gambar dia.
Tipulah kalau aku kata aku tak rasa macam nak pergi bakar motor dan rumahnya.
Tapi aku tak tipu bila aku kata aku rasa ringan. Ringan seringannya (untuk pengetahuan kau, aku memang berat).

Walaupun berpuluh kali aku cuba pujuk hati dengan kata-kata: "Dah memang tak ada jodoh, Mungkin ada hikmah semua ini".
Aku tak menafikan perlunya aku mencari pakar sakit jiwa untuk cuba memplaster hati aku yang makin parah ini.Aish...

Monday, February 2, 2009

Hari Lahir

Esok hari lahir mak. Menginjak ke usia 53 tahun, mak tidak kelihatan seperti rakan-rakan seusianya. Mak masih cantik. Rambut masih hitam. Lebat. Kulit masih tegang. Aku bersyukur mak dikurniakan Allah kesihatan yang baik walaupun dengan usia yang semakin meningkat.

Sempena hari lahir mak, aku tanya mak, apa yang mak hajatkan.
Seperti biasa dengan rendah dirinya, mak kata, mak tak mau apa-apa.
Sebagai anak yang memahami, aku kata pada mak;
"Cek tau, mak nak menantu kan? tak pa, hujung taun ni cek kawin na"
Saat itu juga sudip di tangan mak hinggap ke kepala aku yang cantik ni.
Aish...

*Tindakan refleks mak tak berubah walaupun usianya semakin meningkat. Aku kena ambil ini sebagai peringatan, sebelum buat lawak bodoh dengan mak, aku kena pastikan mak tak memegang apa-apa barang. Nasib baik sudip, kalau alu lesung? Aish...

Anyway, Happy Birthday Mum...
Some people could only wish to have someone like you in their life.
I love you so much.

Sunday, February 1, 2009

ORGAN DONOR

Satu petang yang indah, aku tanya abah.

Aku : Boleh dak kalau cek nak jadi 'organ donor'?
Abah + Mak (menyampuk dari dapur)
: Mana boleh (ketika ini, suara mak lebih kuat dari suara abah)
Aku : Awat? Cek nak derma mata, buah pinggang, hati...
Abah : Seksa mayat nanti (dengan nada 'cool')
Mak : (sambil cekak pinggang dengan sudip di tangan)
Habih rompong mayat, nanti bila kapan jadi tepenyek.

Saat itu aku terasa macam sudip dekat tangan mak bakal melayang ke kepala aku.baik aku diam aja.
Tapi terfikir juga aku dengan kata-kata mak tadi, macam mana pulak jenazah aku boleh terpenyek, aku bukan nak dermakan tulang. Aish...
Mum knows best. perhaps.


Aku teringin sebenarnya nak jadi penderma organ. Tapi bila difikirkan keadaan mak yang bakal berkelahi dengan orang hospital lepas aku meninggal, baik aku lupakan aja niat aku tu.

Friday, January 30, 2009

anak mak

sejak kerja, aku tinggal dengan mak.
kakak-kakak, abang-abang, semua dah label aku anak mak.
sampaikan ke makcik-makcik, jiran-jiran, rakan-rakan sepengumpatan mak aku pun melabel aku ni anak mak.
tak paham la aku. kenapa tak label saja aku ni,
anak abah?
it takes two to tango. betul kan?

permulaan yang baru

permulaan baru. insyallah akan dikekalkan lama.