Sunday, August 30, 2009

Puasa 2

Ada orang tanya aku, siapa yang paling aku ingat ketika bulan puasa?
Aku tahu dia menunggu jawapan bahawasanya aku ini ingat kepada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya dsb.
Aku hanya diam. Tak mampu nak menjawab kerana sesungguhnya jiwa aku yang tak berapa siuman ini memang mempunyai sifat tidak sedar dek untung sedikit.
Orang yang paling aku ingat saat-saat berpuasa ini tentulah SB.

Kenangan bershopping di pasar ramadhan Taman U, berbuka bersama di kampus, hinggalah bersahur bersama di kedai mamak. Semuanya bukan mudah untuk dilupa. Dek kerana itulah, SB adalah orang yang paling aku ingat ketika ini.

SB juga beberapa kali menyambut raya bersama keluarga aku. Aku tidak sanggup meninggalkan dia keseorangan ketika hari raya. Walaupun obviously tindakan aku membawa pulang SB kerumah untuk beraya bersama tidak dipersetujui Mak dan Abah. Aku bawa juga dia pulang ketika raya, dengan alasan kasihan, dia akan beraya keseorangan. Ini kerana, SB yatim piatu, kakak-kakaknya sudah berkahwin. Sudah tentulah mereka ingin menyambut raya bersama keluarga mertua. Katanya dia rasa kekok berhari raya dengan keluarga mertua kakaknya.

Apa yang Mak dan Abah larang selama ini terbukti benar. Ketika memberi alasan untuk berpisah. SB mati-matian berkata Mak dan Abah akan mengawal hidupnya jika kami bersama. Sebab itu sekarang ini, aku percaya apa yang Mak dan Abah kata, mesti akan menjadi kenyataan satu hari nanti.
Whateverlah labu. Sejauhmanapun aku ingatkan SB, aku tahu, kami tidak mungkin akan bersama semula. Aku tahu semua yang terjadi dulu hanya kenangan kini. SB pun dengar-dengar khabarnya sudah mahu kahwin sama janda anak 3. Aku tahu dia sudah jumpa apa yang dia mahu.

Walaupun kadangkala aku doakan dia merana, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku doakan SB bahagia bersama teman barunya. Amin...

2 comments:

budakbarublaja said...

takdir dear...tuhan dah tentukan mcm tu...aku pun teringat kat hang n kwn2 bulan puasa ni...time besahur bubur meggie jgk yg jd fav...then berbuka ramai2 pi PARAM...

Unknown said...

saya tengok selama ini elok je SB beraya dengan kakak2 dia dan mertua kakak2 dia. tak de masalah pun. tapi saya tahu, SB memang perlukan kasih sayang orang yang dipanggail mak dan ayah. fikir sendiri la, takkan orang yang pernah kehilangan kasih sayang kedua2 org tuanya sanggup nak ketepikan mcm tu je. SB just takut awak tu yang susah nak dengar kata dia nanti. ye la, dah ada 'backup' besar. org cakap makin naik lemak la. lagi satu, bila awak dah kawin nanti, awak milik suami sepenuhnya. bukan milik mak ayah awak lagi dah. lagi satu yang saya bengang, kenapa yang awak sibuk sgt pasal SB lagi? suka ati dia la dia nak kawin dengan sape pun. dengan janda ke, anak dara ke. yang awak gi heboh kat sini kenapa? dia dan awak dah tak de ape dah. so jgn sebut2 lagi nama dan perkara yang berkaitan dgn dia. ada dia heboh awak duk dating dengan kawan abg ipar awak yang dari langkawi tu? dia dah tahu dari dulu lagi. sebelum berpisah lagi dia dah tahu.