Tuesday, July 27, 2010

Abah pulak

Selalu aku cerita pasal Mak. Aku kurang bercerita pasal Abah. Aku tak ada banyak cerita sangat pasal Abah ni sebenarnya. Segala gurau senda aku, selalu dengan Mak. Bukan dengan Abah.

Abah garang. Bekas army. Tak ada borak kosong dengan Abah. Semuanya mesti berisi. Politik. Hal kampung. Hal harga gula. Harga minyak, harga gas memasak. Hal mengundi. Dia tidak begitu patriotik (walaupun bekas army). Ajaran dari army yang kekal: Kemas sepanjang masa (dia tak ada baju tak ada kolar dan sentiasa pakai slack). Garang. Itu saja. Kalau kau pandai borak dengan dia, nanti diceritanya kisah 13 Mei, cerita hal-hal dia semasa army, cerita hal-hal yang dia tidak puas hati, dan pelbagai lagi kisah dan tauladan yang kadangkala aku pun terpikir, bior betul abah aku ni? Tak tahu fakta atau auta.
Tetapi kalau kau bercerita politik dengan dia, kau takkan tahu dia undi parti apa. Semua dia hentam kutuk serupa aja. Ahak...



Sekarang kau dah percaya abah aku garang? Kalau nak bergambar aja mesti nak pegang parang.

Thursday, July 22, 2010

Sunyi

Aku datang awal pagi.
Di parkir, hanya ada 5 buah kereta. Ofisku ini sunyi sepi.

Iyalah...Orang lain semuanya cuti.
Aku? Aku perlu bekerja. Belum sampai masanya untuk aku cuti.

Masuk jam 12, suasana sunyi, tak bertukar sepi, sebaliknya riuh pula dengan kehadiran orang-orang yang sepatutnya cuti, tetapi tetap juga datang ke ofis, berkerja.
Lambakan makanan seperti biasa. Unit Bahasa Inggeris, cuti atau tidak, riuh dengan gelak ketawa.

Ofisku jam 11.32, hanya obor-obor kelihatan di siling...

Monday, July 19, 2010

Mak lagi-lagi


Kalau aku kata Mak aku garang. Itu understatement. Mak aku bukan sekadar garang. Mak aku sangat garang. Tersangat-sangat garang, sehinggakan cucu-cucunya sendiri takut padanya. Tidak berapa mesra dengannya. Cucu-cucunya lebih suka bermanja dengan Abah. Lari bila nampak Mak. Kesian Mak. Cucu-cucu mu itu tidak berapa pandai. Mereka belum tahu betapa beruntungnya mereka jika mereka baik dengan Opah. Mereka tidak tahu Opah mereka kaya. Ahak...

Mak cergas. Cekap memasak. Sedap pula tu. Kuat berleter. Cepat merajuk. Tetapi cepat pula sejuknya. Tetapi sekarang, Mak batuk-batuk. Teruk. Aku risau. Dah berbotol-botol ubat batuk ditelannya. Tetapi masih sama. Aku makin risau.

Mak kata pada aku, 'Chik jangan tinggal Mak.'
Aku tidak tahu bagaimana ingin meyakinkan dia. Aku cuba, sedaya upaya, Insyaallah, aku akan sentiasa dekat dengannya.

Mak masa muda-muda

Friday, July 16, 2010

Weekend?

Aku ni sebenarnya tengah tunggu nak balik rumah...Letihnya kena kerja hari ni. Jumaat sepatutnya aku berada dirumah. Bersenang lenang, bersuka ria dihadapan TV. Makan dan tidur sepanjang hari. Aish....

Hari ini, semua perlu datang kerja. Aku rasa, walaupun semua orang ada rasa tak best sebab kena kerja pada hari cuti, tidak ada yang complaint secara terang-terangan. Ganti cuti sekarang untuk berseronok pada hari depan. Cuti hari raya yang panjang....Alangkah seronoknya....

Thursday, July 15, 2010

Gaduh-gaduh sayang

Di opis ku ini, ada junior, ada seniornya...

Mana-mana tempat pun begitu rasanya. Selalunya di tempat-tempat lain, senior dan junior nya mungkin tidak berapa 'ngam'. Namun tidak disini.
Disini, junior dan senior seiring...cuma kadangkala bila senior-senior bercakap perihal tangga gaji, junior-junior ni (akulah tu) tak berani nak menyampuk. Ya lah, betapa berbezanya 41 dengan 52 tu kan? Tetapi bila melibatkan hal-hal lain yang berkaitan dengan pembahagian kerja, masa mengajar, masa bersembang, semuanya dibahagikan SAMA RATA (betul ke? ahak...)

Aku belum pernah melihat sebarang percakaran antara junior dan senior, tetapi, antara senior dan senior pernah lah beberapa kali. Cuma semalam berlainan sedikit. Kesannya sehingga ke hari ini.

2 senior ini, kawan baik, memang selalu bercakaran, yang seorang itu memang kuat mengusik. Yang seorang lagi sangatlah mudah terasa hatinya. Tetapi cepat juga sejuk. Persamaan mereka, 2-2 suka nak menang, dan 2-2 suka argue. Bila kedua-duanya dah mula meninggi suara. Kami yang junior-junior semua mula terdiam. Tak berani nak menyampuk apa-apa lagi. Perbalahannya sangat mudah, kisah kedekut markah. Aku setuju juga dengan kakak yang kuat mengusik itu, buat apalah kita perlu terlalu kedekut markah dengan pelajar. Just give them what they deserve. Tapi aku tak menyampuk. Sudahnya aku tengok muka kakak ku yang seorang lagi itu, kelat sahaja. Sulking. Entah sampai bila...Aku cuma mampu tunggu dan lihat. Petang nanti sejuk la tu agaknya. Kalau tidak, membawa sampai keminggu depanla jawabnya... Ahak...

Sunday, July 11, 2010

Kesibukan terasa

Ramalanku benar belaka. Terasa sangat sibuk sekarang ini.
Mak pun dah mula bising. Cakap dengan Mak pun macam dah jarang-jarang.
Sampai dirumah saja, aku terus terbongkang, tidur.

Tak sempat nak bermessage pun dengan Encik BF. Orang tu dah mula sulking. Alahai...

Tak mengapa... Cita-cita perlu dikejar. Rezeki perlu dicari. Perlu bersusah-susah dulu, nanti kita bersenang, bersuka-ria kemudian ye...

Wednesday, July 7, 2010

Gila!!!!!

Aku rasa aku dah nak jadi semakin gila.

Sudahlah dengan kerja hakiki mengajar di kolej,
master project yang entah kemana hala tujunya (nak grad ke tak ni agaknya?),
aku dengan berani matinya menambah lagi satu projek; kerja sambilan, mengajar pula.

Mampukah Cik Maslina?

Sudahnya, by the end of this year, aku boleh terbalik, terlentang sebab terlalu banyak yang nak dikejar. Kalau terbalik, terlentang sebab jadi kurus, bagus juga kan...? Ahak...

Bagus juga sebenarnya bila banyak kerja. Kau takkan ada peluang untuk memikirkan hal remeh temeh hati dan perasaan yang memang sampai bila tak ada kesudahan.

Lepas ni aku boleh beli costume, tukar outfit, dari cikgu, jadi wonder woman...Ahak...Seksi abis wa cakap lu...Hehe..
.
*Aku sebenarnya nak letak gambar wonder woman, tapi nampak sangat lucah pula. Kita tengok wonder pet sudahla ya.

Friday, July 2, 2010

Tak paham

Aku sebenarnya ada sikit kurang berkenan dengan sikap manusia yang sentiasa berfikiran negatif ni.Belum pun mencuba sesuatu benda, dah mula complaint, itu tak kenalah, ini tak kenalah... Banyak sangat alasan untuk perkara yang sebenarnya mampu diteroka. dengan berbekal niat dan kehendak yang suci. ewah..apa aku melalut ni.?

Yang sebenarnya aku ni tidak puas hati dengan budak-budak dalam kelas. Disuruh berbahasa Inggeris. Dihentamnya cakap Kelantan. Ingat teacher tak pahamkah bahasa Kelantan? My good friends are from Kelantan. I've been educated with the language/slang for 5 years... I had enough training. I know what you've been saying behind my back....

Bila ditanya kenapa begitu sukar nak berbahasa Inggeris. Jawapan mereka sangatlah shallow dan menyakitkan hati. Antara contoh jawapan yang diberi:

a) Susahlah teacher (11 tahun belajar pun susah lagi? dah malas guna, memangla susah.)
b) Kami bukan orang putih (Orang putih pun dah tahu cakap Melayu dik oi...)
c) Bahasa penjajah tu (Bangsat punya jawapan)
d) Tak pandai English pun kami boleh masuk Uni juga (Lepas tu, kau mati keringla dalam Uni tu, sibuk menghabiskan duit, menyuruh orang translate itu ini - Masa tu, baru kau tahu susahnya)

Kadang-kadang aku fikir, budak-budak ini terlalu cetek pemikirannya. Aku suruh berbahasa Inggeris, bukan bermakna aku suruh kau tukar warna rambut kau jadi 'blonde'. Bukan bermakna aku berkehendakkan kau mengikut budaya mereka. Aku cuma mahu kau gunakan bahasanya. Untuk kesenangan kau juga. Tak paham-paham juga? Aish...

Penatla aku semester ini...