Sunday, March 14, 2010

Gaduh-gaduh sayang

2, 3 menjak ini, aku suka ber'FB'. Bukan kerana aku terjumpa jejaka kacak dalam FB. Bukan.

Ianya kerana aku sibuk membaca pergaduhan pelajar dalam 'group'. Aku cuma mengikuti dari jauh, ingin tahu apa yang berlaku di alam pelajar-pelajar ku. Ingin tahu apa yang bakal berlaku selanjutnya. Ingin melihat bagaimana minda-minda pelajar berusia 19 tahun ini menyelesaikan masalah.

Ternyata, mereka masih belum mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah dengan baik. Caci-maki sesama sendiri, bergaduh secara maya, laporan polis, caki maki lagi dan lagi dan lagi. Kemana hilangnya sifat penyayang dikalangan pelajar-pelajar ini terhadap rakan-rakan?

Bila aku membaca komen-komen yang berbaur ugutan dan caci maki itu, aku terus merasakan seolah-olah aku berada dalam filem Hollywood. Pelajar-pelajar 'highschool' yang sibuk mengejar populariti dengan berusaha menjatuhkan orang lain. Ini tidak baik.
Aku rindukan suasana dimana pelajar-pelajarku baik-baik pekertinya. Pemaaf dan penerima. Pemalu dan penyayang. Ini yang aku impikan. Satu persekitaran pembelajaran yang 'fun' dan 'exciting'. Tenang. Tanpa gangguan. Pelajar-pelajar ini lupa tugas utama mereka di kolej ini adalah untuk mengejar ilmu. Bukan populariti. Ini bukan Akademi Fantasia. Ini tempat belajar.
Mereka lupa tujuan mereka. Mereka lupa.

Aku cuma dapat berharap dan berdoa, mereka sedar dari alam lena. Semoga teguran yang aku lemparkan dijalanan, didengari dan diikuti. Aku harap pergaduhan itu cuma gaduh-gaduh manja. Gaduh-gaduh sayang. Selepas ini, mereka boleh berbaik semula dan ketawa bersama.
Tapi fikiran ini hanya pada aku. Cuma aku. Mereka? Aku belum tahu bagaimana jadinya nanti. Aish...

2 comments:

-aPi- said...

bdak2 bru nk uP,
cmtu la gyenye.....
bdak zman skarang tak mcm dlu2 da....

Maslina Suaid said...

budak zaman sekarang...erm...sama aja rasanya. umur tengah keliru. belum jumpa identiti.