Thursday, March 11, 2010

Peringatan buat diri sendiri

Aku bukan anak yang baik. Dari semalam aku rasa bersalah. Aku tahu, aku bukan anak yang baik.

Kadang-kadang (atau mungkin: selalunya) sebagai anak, kita terlepas pandang pelbagai intonasi dan perkataan yang bisa mengguris hati kedua ibu bapa. Kita lupa ibu bapa juga ada perasaan. Kita lupa dari mana kita datang. Kita lupa siapa yang besarkan kita.

Aku bukan seorang yang pelupa. Tapi aku akui kadangkala (atau mungkin: selalunya) aku sengaja lupa.

Semalam, Mak minta pertolongan aku untuk membawanya kerumah keluarga arwah Mak Ngah. Aku dengan sesuka hati dan tanpa segan silunya menolak permintaan Mak itu, dengan alasan aku letih dan hari ini, aku perlu bekerja, jadi aku tidak mempunyai nafsu untuk keluar kemana-mana.
Mak diam saja. Sedikit pun tak terkata apa. Tapi aku tahu, dia semestinya terasa hati. Diam sahaja sepanjang malam. Mak bukan jenis yang kaki protes. Tapi bila diam, aku tahu, dia terasa hati. Ampunkan chek Mak.

Aku mengaku, mungkin kata-kataku agak pedas dan tidak munasabah. Aku terfikir juga, jikalau 'Abang' ajak aku dating, sudah pastinya aku akan kata 'Yes' walaupun esoknya aku perlu bekerja. Aku mengaku, aku tidak bersikap adil pada Mak. Aku tidak memberi peluang langsung pada Mak untuk cakap apa perlunya dia ke rumah arwah Mak Ngah.

Sebagai anak yang mungkin (pasti) tidak bau syurga ini, hari ini aku janji pada diri sendiri akan menurut kehendak Mak. Aku memberi peringatan pada diri sendiri untuk memberi peluang lebih pada Mak. Tak mahu lagi rasa bersalah. Letih.

No comments: