Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Semalam Nini call. Ucapkan "happy teacher's day". Itu versi English. Tepat dan lancar.
Versi Melayunya - "Keselamatan Hari Guru..." Aku tergelak sampai nak terkencing. Suka-suka hatinya dia menambah imbuhan. Kalau Cikgu BM aku dengar ni, mau menangis mereka.

Bila tiba hari guru, kita akan mula teringat guru-guru kita semasa di sekolah dulu. Aku? Aku pun ingat juga. Aku ingat, aku bukanlah seorang pelajar yang baik.
Aku suka bercakap, suka makan, suka berangan, suka baca buku cerita dalam kelas, paling malas buat homework, buku nota tak pernah lengkap, suka ponteng, and paling penting, aku suka buat kerja-kerja amal yang tak berkaitan dengan pelajaran untuk mengelak daripada kelas. Kerja-kerja amal ini termasuklah, melepak kat koperasi, tolong mak cik kantin, dan juga tolong cikgu pendidikan seni melukis mural.

Hukuman-hukuman yang aku terima di atas pelbagai kesalahan aku semasa bersekolah juga pelbagai. Aku pernah di rotan, disuruh berdiri mengadap dinding, siapkan homework di kaki lima kelas (dengan semua mata manusia memandang), di baling dengan pemadam, berdiri atas kerusi, dan segala bentuk cubitan tu jangan cakaplah, semua aku dah rasa.
Aku kagum dengan guru-guruku dulu, sabar aja karenah pelajar-pelajar yang sentiasa nak menyakitkan hati. Termasuklah aku.

Terima kasih cikgu. Tanpa cikgu-cikgu semua, sudah tentu saya tak menjadi cikgu kini.

No comments: