Sunday, February 27, 2011

Some men were born lucky

Betoi ka sesetengah lelaki ni dilahirkan bertuah? Aku sebelum ni kurang percaya sangat statement ni. Pada aku, tuah ni subjektif. Tak boleh nak dipandang terlalu serius. Tapi sejak kebelakangan ini. Aku semakin percaya. Memang ada sesetengah 'jantan' ni dilahirkan bertuah. Masalahnya, bila dah namanya spesis 'jantan' (bukan lelaki) ini, dia tak pandai nak menghargai tuah yang ada.

Mempunyai isteri yang baik, anak-anak, kerja yang baik dan duit yang banyak kadangkala membuatkan 'jantan' itu lupa. fikiran didorong hawa nafsu. Berfikir menggunakan K**** dan bukan dengan menggunakan akal yang waras. Pantang nampak yang berdahi licin, tidak kira siapa status orang itu, terus ingin dicuba nasib...MasyaAllah, Astaghfirullahalazim...moga dia tidak membawa sebarang masalah kesihatan kepada isterinya.

Aku cuma mampu berdoa kiranya manusia seperti ini akan dibuka hatinya oleh Allah SWT untuk berubah. Kerana dengan bersifat seperti orang munafik - berjanji tetapi memungkiri, dia telah menjatuhkan martabatnya ke tempat paling bawah. Rasa hormat dari keluarga, hilang begitu saja. Namun begitu, tuahnya masih ada, dia masih ada kasih sayang isteri yang teraniaya...Lucky him.

Aku berdoa moga dijauhkan mala petaka itu dari diriku sendiri...semoga Allah lindungi hubungan yang ada ini, berkati dengan rahmatNya, dan bahagia hendaknya. InsyaAllah

2 comments:

Syeida Alli said...

lucky ke macam tuh? lucknut ader la...


p/s: ina,just nk kongsi2... kita sebut "Masya-Allah" untuk benda-benda yg elok atau pun untuk memuji.. kalau benda x elok kita sebut "astaghfirullahalazim"... jangan marah ekk..

Maslina Suaid said...

o ya...sat nak tukaq