Monday, April 16, 2012

Akhirnya

Salam...

Mak ai..punyala lama tak menghapdatekan diri. Al-kisahnya terlampau banyak malas. Beberapa bulan ini, asyik baca blog orang ja. Tak terasa lansung nak hapdate blog sendiri. Banyak betul benda rasa nak cerita. Macam-macam.
Tapi paham-pahamlah. Rumah aku tu, tak ada line internetnya. Line broadband pun, ala-ala line 'berukband'. Hidup segan, mati tak mahu. Itu yang jadi bertambah malas.

3 bulan lepas, aku beranak. 15 Jan to be exact. Insaf betul. Baru terasa, macam ini sakitlah yang Mak rasa bila nak melahirkan aku. Insaf.
Lepas beranak, Mak yang jaga. Lakiku pun jaga juga. Tip-Top. Terasa sangat-sangatlah disayangi bila orang sekeliling ni menjaga dengan penuh prihatin. Tak ada kekurangan lansung. Terima kasih Mak, Abah, and Lakiku.

Dalam pantang, aku tak sempat nak merasa sakit. Anak terkena demam kuning. Kami bermalam di hospital. 2 trip. 1st trip, 2 malam. 2nd trip, 3 malam. Tak sempat nak merasa sakit. Risaukan anak yang terpaksa tidur bawah lampu. Alhamdulillah, selepas tu, dia ok.


Terlepas daripada kuning, anakku itu selsema dan batuk pula. Terpaksa pula dibawa untuk nebuliser. cairkan kahak dalam paru-paru. Kesian dia. Walaubagaimanapun, sekarang dia sudah ok. Lega jugalah rasa hati.



Sekarang ini, baru aku paham, bagaimana rasanya memiliki permata hati sendiri. Bagaimana rasanya jatuh cinta pandang pertama dengan insan sekecil ini. Bagaimana rasa luluh perasaan bila sikecil tidak sihat. Bagaimana rasa terseksa nak meninggalkan dia bersama dengan orang lain bilamana cuti 3 bulan ku sudah sampai penghujung. Aish...
Dan akhirnya aku jadi seperti rakan-rakan lain juga, ada can untuk cerita pasal anak dalam blog sendiri. Hehehe...

1 comment:

bibopp said...

alhamdulillah.. ;)