2, 3 menjak ini, aku suka ber'FB'. Bukan kerana aku terjumpa jejaka kacak dalam FB. Bukan.
Ianya kerana aku sibuk membaca pergaduhan pelajar dalam 'group'. Aku cuma mengikuti dari jauh, ingin tahu apa yang berlaku di alam pelajar-pelajar ku. Ingin tahu apa yang bakal berlaku selanjutnya. Ingin melihat bagaimana minda-minda pelajar berusia 19 tahun ini menyelesaikan masalah.
Ternyata, mereka masih belum mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah dengan baik. Caci-maki sesama sendiri, bergaduh secara maya, laporan polis, caki maki lagi dan lagi dan lagi. Kemana hilangnya sifat penyayang dikalangan pelajar-pelajar ini terhadap rakan-rakan?
Bila aku membaca komen-komen yang berbaur ugutan dan caci maki itu, aku terus merasakan seolah-olah aku berada dalam filem Hollywood. Pelajar-pelajar 'highschool' yang sibuk mengejar populariti dengan berusaha menjatuhkan orang lain. Ini tidak baik.
Aku rindukan suasana dimana pelajar-pelajarku baik-baik pekertinya. Pemaaf dan penerima. Pemalu dan penyayang. Ini yang aku impikan. Satu persekitaran pembelajaran yang 'fun' dan 'exciting'. Tenang. Tanpa gangguan. Pelajar-pelajar ini lupa tugas utama mereka di kolej ini adalah untuk mengejar ilmu. Bukan populariti. Ini bukan Akademi Fantasia. Ini tempat belajar.
Mereka lupa tujuan mereka. Mereka lupa.
Aku cuma dapat berharap dan berdoa, mereka sedar dari alam lena. Semoga teguran yang aku lemparkan dijalanan, didengari dan diikuti. Aku harap pergaduhan itu cuma gaduh-gaduh manja. Gaduh-gaduh sayang. Selepas ini, mereka boleh berbaik semula dan ketawa bersama.
Tapi fikiran ini hanya pada aku. Cuma aku. Mereka? Aku belum tahu bagaimana jadinya nanti. Aish...
Sunday, March 14, 2010
Thursday, March 11, 2010
Peringatan buat diri sendiri
Kadang-kadang (atau mungkin: selalunya) sebagai anak, kita terlepas pandang pelbagai intonasi dan perkataan yang bisa mengguris hati kedua ibu bapa. Kita lupa ibu bapa juga ada perasaan. Kita lupa dari mana kita datang. Kita lupa siapa yang besarkan kita.
Aku bukan seorang yang pelupa. Tapi aku akui kadangkala (atau mungkin: selalunya) aku sengaja lupa.
Semalam, Mak minta pertolongan aku untuk membawanya kerumah keluarga arwah Mak Ngah. Aku dengan sesuka hati dan tanpa segan silunya menolak permintaan Mak itu, dengan alasan aku letih dan hari ini, aku perlu bekerja, jadi aku tidak mempunyai nafsu untuk keluar kemana-mana.
Mak diam saja. Sedikit pun tak terkata apa. Tapi aku tahu, dia semestinya terasa hati. Diam sahaja sepanjang malam. Mak bukan jenis yang kaki protes. Tapi bila diam, aku tahu, dia terasa hati. Ampunkan chek Mak.
Aku mengaku, mungkin kata-kataku agak pedas dan tidak munasabah. Aku terfikir juga, jikalau 'Abang' ajak aku dating, sudah pastinya aku akan kata 'Yes' walaupun esoknya aku perlu bekerja. Aku mengaku, aku tidak bersikap adil pada Mak. Aku tidak memberi peluang langsung pada Mak untuk cakap apa perlunya dia ke rumah arwah Mak Ngah.
Sebagai anak yang mungkin (pasti) tidak bau syurga ini, hari ini aku janji pada diri sendiri akan menurut kehendak Mak. Aku memberi peringatan pada diri sendiri untuk memberi peluang lebih pada Mak. Tak mahu lagi rasa bersalah. Letih.
Wednesday, March 10, 2010
What If....
Banyak sangat 'kalau' dalam hidup aku. Kemungkinan-kemungkinan yang tak pasti, malah menyakitkan hati.
Alangkah baiknya kalau aku tak perlu berfikir panjang, what if this... dan what if that...
Alangkah bahagianya hidup kalau setiap pilihan yang aku buat akan sentiasa tepat, dan tak terlalu mendebarkan. Kalau setiap apa yang kita lakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Aku paling tak suka rasa berdebar. Menanti jika satu-satu keputusan yang aku buat itu betul atau salah. Ianya seperti menonton AF dan menanti siapa yang bakal dihadiahkan beg itu. Menanti jika AFundi yang kita buat berhasil atau tidak. Aku cepat berdebar dan aku tidak suka debaran itu.
Hari ini Mak telefon di tempat kerja. Minta aku pulang terus, jangan singgah dimana-mana. Ada tetamu katanya. Penting. Aish..ini yang aku tak suka.
Tetamu siapa?
Aku kah?
Mak kah?
Kenapa penting sangat sampai aku disuruh pulang awal?
Apa perlunya aku dirumah?
Setakat nak bancuh air tu, Mak boleh buat sendiri. Aku dah berdebar-debar ni. Pelik dan berdebar-debar. Kalau aku tak balik nanti, panik pula Mak dirumah. Nak balik awal atau tak?
Tak sukanya perasaan ni... Aish...

Tuesday, March 9, 2010
Mas
Dulu-dulu aku geli bila orang panggil aku 'Mas'. Aku rasa pelik dan serba tak kena. Memang nama Mas tu sebahagian dari nama aku, tapi aku betul-betul tak suka. Pernah sekali, semasa di sekolah rendah, aku pernah protes, tak mau bercakap dengan seorang kawan aku ni, semata-mata sebab dia panggil aku Mas. Putus tali persahabatan hanya kerana nama. Tak pasal-pasal ja. Nampak sangat bodoh dan tak matang.
Sekarang?
Aku dah tak kisah, panggil la aku dengan nama apa pun, asalkan memang nama aku. Janganlah panggil aku dengan nama haiwan. Nama benda. Sumpah aku tak jawab.
Aku dah semakin suka pula bila orang panggil aku Mas. Tambah-tambah bila 'Abang' yang panggil. Rasa seram aja. Meremang bulu roma gitu. Ahak.

Monday, March 8, 2010
Hari ini letih
Hari ini aku letih. Malam tadi, sekejip pun aku tak boleh melelapkan mata. Berdenyut-denyut rasa kepala otak aku ini, minta ditidurkan, minta direhat...
Sunday, March 7, 2010
SURAT LAYANG
Apa definisi surat layang?
Setahu aku, surat layang = surat tidak bernama yang dihantar kepada penerima surat dengan niat, penerima tidak mengetahui siapa pengirimnya.
Di opisku, ada persepsi baru mengenai apa surat layang ni sebenarnya.
Di opisku yang dipenuhi manusia yang sangat berfikiran sivik, berminda terbuka, mempunyai degree dan master, dan juga mempunyai tahap kesedaran diri yang tinggi;
surat layang bermaksud = surat/emel yang ditujukan kepada semua staf dengan niat menegur apa yang salah, serta mempunyai nama pengirim. wtf.
Kalau dah dasar peribadi tak boleh menerima teguran, apa yang betul pun boleh dianggap salah...
Aish...

Thursday, March 4, 2010
TEGUR- TEGURAN
Korang pernah terfikir tak cara terbaik nak menegur orang lain? Bila aku kata tegur, aku bukan maksudkan tegur seperti "Hi!", "Hello!","Eeeeee...gemuknya awak sekarang...." BUKAN...
Bukan tegur seperti itu yang aku maksudkan. Tegur yang lebih berbentuk teguran. Eh! Betoi ka ni?
Teguran.
Bagaimana korang menegur rakan yang mempunyai bau badan yang kuat/tengik? Atau ketiaknya masam?
Bagaimana korang menegur rakan sekerja lelaki yang seluarnya terkoyak di bahagian hadapan, tetapi dia tidak menyedarinya?
Bagaimana korang menegur rakan yang suka bercakap sampai tersembur-sembur?
Semua ini memerlukan diplomasi. Perlu perancangan dari segi cara menegur. Segalanya umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. ewah...
Teguran secara terbuka sebenarnya tidak digalakkan terutamanya dalam senario masyarakat kita yang sangat mengamalkan sistem berdiplomasi. Teguran secara lembut dan diam. Ataupun tegur dalam hati. Ataupun tegur belakang.
Diplomasi di opisku = Cakap belakang, OK. Cakap depan-depan, jangan sekali.
Di pejabatku hari ini, kes teguran secara terbuka telah menaikkan amarah pihak lain. Bukan pihak yang di tegur. Bukan. Sebaliknya pihak yang tiba-tiba terasa dia yang ditegur.
Kakak yang menegur, menghantar emel kepada semua staff, menyatakan rasa tidak puas hati sesetengah staf yang tidak mengikut etika berpakaian dan tidak mengikut tatacara menggunakan papan putih di kelas. Aku puji tindakan kakak itu. Dia berani menyuarakan pendapatnya. Bagus. Tetapi mungkin caranya menegur tidak disukai. Orang yang tidak ditegur tetapi telah tiba-tiba terasa hati itu menghantar emel balasan kepada kakak terbabit, tidak berpuas hati dengan cara teguran.
Orang yang tidak ditegur tetapi terasa hati itu mungkin mengamalkan diplomasi tegur secara lembut dan diam. Tetapi bagaimana jika teguran secara lembut dan diam itu tidak diendahkan? Bukankah kita perlu bersikap lebih terbuka? Tegur secara terang-terangan untuk mengambil perhatian pihak terbabit untuk mengambil tindakan.
Secara peribadi, aku tidak ambil pot sangat dengan apa yang berlaku. Aku juga mengamalkan sistem berdiam diri lebih baik dari bercakap. Tetapi kalau aku ada 'super power', sudah pasti aku juga akan tegur secara terbuka.

Bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran sepatutnya menjadi amalan kita. Bertindak atas teguran dan sentiasa berfikir secara positif.
Secara peribadi, aku tidak ambil pot sangat dengan apa yang berlaku. Aku juga mengamalkan sistem berdiam diri lebih baik dari bercakap. Tetapi kalau aku ada 'super power', sudah pasti aku juga akan tegur secara terbuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)